Friday 10 June 2016

Judul : Travelog ET Kembara Afghanistan

Penulis : Siti Noridah Ab. Rahman

SM : RM 25
SS : 28




Sumber foto : azaleania.blogspot.com

Biografi penulis :

Nama asal beliau ialah Siti Norodah Ab. Rahman, berasal dari Yong Peng Johor. Berkelulusan Ijazah Pengkomputeran Perniagaan dan pernah bekerja sebagai IT Consultant di sebuah syarikat swasta. Beliau sering mengembara ke tempat yang jarang (rare) didatangi manusia. Buku ini adalah buku pertama beliau yang mengisahkan pengembaraannya di Afghanistan dalam beberapa tempoh waktu.


Review :

Terdiri dari 11 bab . Setiap bab disusun mengikut kerangka pengembaraan sebenar beliau di sana. Kembara yang mengambil masa selama 6 bulan diceritakan secara terperinci . 

Dari tempat ke tempat, hotel ke hotel, waktu ke waktu dan rasa demi rasa. Semuanya akan dapat dirasai sendiri apabila mula membaca catatan beliau.

Pendahuluan 

* " Kenapa ET memilih Afghanistan? Apa yang hendak di cari di sana? " . Ini rangkap pertama buku ini. 

Saya juga bertanya soalan yang sama kerana peta Afghanistan tidak pernah tergambar di dalam otak saya, Cuma baru-baru ini sahaja , setelah menonton sebuah filem Hindustan Bajrangi Bhaijaan, yang mengisahkan seorang anak gadis Pakistan diselamatkan seorang warga India. Ini sedikit sahaja bayangan tentang lakaran alam di negara-negara Pakistan, dan yang sewaktu dengannya. sungguh landskap di sana sangat memukau.

Berbalik semula mengapa Afghanistan?

kerana ia adalah negara yang mempunyai daya tarikan tersendiri menurut ET.


Bab 1 (Khyber Pass)

     ET berada di Peshawar, Pakistan semasa Khyber Pass (K.P)  berada di dalam imaginasinya. Sambil menikmati "kahwa" , Khyber Pass digambarkan sebagai pintu masuk jalan darat Pakistan ke Afghanistan. Ia berada di pergunungan Spin Ghar (gunung putih). 
     
     Hasrat melintas ke negara Afghanistan melalui jalan darat Khyber Pass terbantut setelah mendasari pelbagai cabaran keselamatan termasuklah ancaman Taliban yang dikatakan masih bersembunyi di situ. 

     Beberapa temu janji dirancang untuk mendapatkan maklumat ke K.P , yang membawa ET bertemu dengan kota lama Peshawar yang cantik, karavan serai ( tempat pedagang laluan sutera berehat dan bermalam ), dan kediaman pelakon Bollywood terkenal iaitu keluarga Kapoor, 

     Akhirnya, setelah mendapat nasihat, ET dengan berat hati memutuskan untuk menaiki kapal terbang ke Kabul, Afghanistan . K.P terkubur sebentar !



Khyber Pass yang ingin direntasi ET - sumber foto wikipedia


Bab 11 (Akhirnya Dubai)

Bab terakhir ini mencatatatkan pendaratan yang tidak terancang .  Kembara penuh nostalgik di bumi Afganistan, terpaksa dilupakan buat sementara waktu. ET berangkat ke Dubai setelah melalui hari-hari di bumi Afgan.


Catatan :

1) Bagaimana saya mula mengenal buku ini dan penulisnya?

Sejak 2015, saya banyak mengikuti dan membaca travelog para pengembara. Pada suatu hari, saya terbaca TAG di facebook mengenai seorang wanita, muslim mengembara solo ke Afganistan.

Saya ikuti instagram ET , sehinggalah di PBAKL 2016 , saya telah membeli buku ini di sana dengan harga diskaun. (^^)v

2) Apa yang saya belajar dari buku ini?

- Hidup ibarat suatu perjalanan. Perlu dilalui walau susah mana pun.

- Percubaan, walaupun kadangkala sukar dan gagal, tapi pasti akan mendewasakan kita.

- Kembara mengajar mengenal Tuhan


















Friday 20 May 2016

Peraduan Ulas Buku ITBM sempena PBAKL 2016

‪#‎PERADUAN‬ ULAS BUKU ITBM DI FACEBOOK/BLOG
JUDUL BUKU : KEMBARA SASTERA KARYA NISAH HARON
TAJUK ULASAN : Musafir – Sebuah perjalanan menyelusuri khazanah sastera dunia.
     Sebermula dengan anyaman cetusan idea, segalanya berubah menjadi mimpi yang nyata. Lantas, perjalanan yang diberi nama “Kembara Sastera” atau “ Literal Travel” siap direncanakan oleh sang pengembara. Ini kerana setiap lokasi dan catatannya lebih berfokus kepada dunia perbukuan, penerbitan, dan susur galur kewujudan para penulis di Tanah Inggeris.

     Di dalam catatan kembara ini, terlihat pengolahan susunan-susunan cerita , tempat , dan peristiwa yang telah digarap dengan baik. Kisah yang dipaparkan menjadi kuat apabila dikaitkannya secara langsung dengan visual yang indah dipandang mata.
Seterusnya, buku ini memperlihatkan perjalanan kembara penulis yang menuntut pengorbanan seorang wanita , ibu, dan isteri. Penulis meninggalkan desa dan keluarga tercinta demi mengejar impian hatinya.

     Selain itu, pengolahan persitiwa yang baik dalam menghadirkan sebuah cerita yang memberikan suatu nilai pengajaran yang berguna kepada para pembaca. Malah, kisah ini berjaya menarik kesan “survival” yang mencuri keterujaan pembaca. Contohnya, ketika beliau berseorangan menarik beg di Ambleside Backpackers dan sewaktu mencari Youth Hostel Association London Holland Park.

     Di samping itu, “Kembara Sastera” benar-benar membawa para pembaca mengembara. Terutama mengenal nama-nama latarbelakang para penulis serta penggiat sastera Tanah Inggeris. Ini termasuklah William Shakespeare , lahir di Startford –Upon- Avon, William Wordsworth , penyair yang terkenal dengan gelaran The Lakeland Poets, dan lain-lain.

     Akhirnya, kisah ini telah digarap mudah dengan cerita yang bergerak mendatar. Namun, penuh dengan siri-siri ilmiah tentang susur-galur sastera . Walaupun beberapa tempat dijajah dengan singkat, namun padat dengan info bermanfaat. Oleh itu, bahan bacaan ini sememangnya wajar diangkat sebagai salah sebuah arkib sastera yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang.

Monday 16 May 2016

Kembali Berkarya

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. sejak 2013..

Hari ini 16 Mei 2016, saya kembali bersemangat untuk menghidupkan semula laman blog ini..

semoga kembali ceria dan bermakna ^^