Monday 21 October 2013

Ken Boon's family

Dengan nama Allah

My dear diari,

Alhamdulillah, hari demi hari yang ku lalui di Kukup penuh dengan warna-warni,

Suka, duka, sakit, pening, tension, suma ade

Tapi aq tetap bahagia duduk di sini,,,Tekanan kerja memang ada, namun masih boleh aku lalui dengan sokongan dari kawan2.sekerja..Moga ikatan persaudaraan ini tetap utuh dan suci






Friday 18 October 2013

Kuatkan hati ini menjaga agama ini ,Ya Allah

Dengan nama Allah^^

Selesai berkrusus KSSR Pendidikan Agama Islam selama 4 hari di PKG bandar, sedikit sebanyak menambah baik bidang utama aku di sekolah.

Raya haji tahun ni, alhamdulillah dapat lagi sambut bersama keluarga tersayang di kampung. Nenek, datuk, Abah, Ibu, Mak Jar, n sanak saudara.. Rindu sangat nak bersama-sama mereka lagi.

Yang menjadi main point diari ini adalah selepas kembali semula ke sekolah..

Rabu ( pagi) - Sambutan hari Kanak-Kanak di sekolah, Memang meriah, nila satu untung sekolah Cina, memang berbagai-bagai sambutan yang dibuat. Al maklumlah, duit PIBG banyak, x habis pun.

        ( malam) - Sambutan ke-87 sekolah SJKC Ken Boon di tubuhkan, mereka memang makan hak2 tu la,,kami dapat la semeja makanan yang khas ditempah untuk muslim..Tak lama kemudian , semua guru dijemput naik ke pentas untuk memotong kek, Acara pun berjalan. Kejap lagi pulak, salam hormat kepada PIBG sekolah..Dia (lelaki)  menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan aku. Aku hanya mampu tersenyum dan menyimpan ke belakang tangan..

         Maaflah, Ini agama aku, dan itu agama kamu....

Ya Allah, kau lindungilah aku dan para muslimin di daerah ini, agar kami teguh dan utuh dalam mempertahankan agama yang suci ini~~~~

        

Thursday 19 September 2013

Realiti seorang cikgu

Dengan nama Allah

Dear diari,

pejam celik pejam celik, sudah 9 bulan aq jadi cikgu.
 Sungguh x sedar pantas sahaja masa berlalu.
kalau nak dipikirkan balik, rasenye baru je daftar diri di sekolah semalam,
kenal2 jalan kukup, kenal2 masyarakat kampung, belajau bahasa cina sikit2, tengok anak cina yang comel2
alhamdulillah, banyak sangat pengalaman yang mengajar aq erti dewasa,
dulu kekok nak bekerja dgn org cina, kira macam masuk reban ayam la, x paham langsung,
tapi sekarang alhamdulillah,, makin seronok..

anak-anak aku pulak, semakin pandai solat, boleh tahan tulis jawi,
aq berharap Allah permudahkan untuk aq terus berdakwah kepada mereka.
kerana inilah medan sebenar DAKWAH aq
kepada guru besau baru, aq doa supaya dia memberi seluas2 peluang untuk aq mengajar anak-anak Islam disini....hehe

Dear diari,

perancangan tahun depan pulak,
bulan 2 insyallah akan menjadi tetamu Allah,
jadi, mulai dari sekarang, kena mujahadah lebih sikit,
kena top up lagi amalan2 sunat, 
kena bersedia , tambah ilmu ibadah umrah banyak2
disamping kena bersihkan hati n ikhlaskan niat semula,
Moga aq dijemput untuk menjadi tetamuNya..bersama ibu, abah, mak jar, n sedare2 kampung
Amin.

Dear diari,

Tentang jodoh pulak,
hehe, ada kemajuan, sekarang dah kena mula istikharah semula,
mohon ketenangan dan x tersalah pilih,
memang dah takde yg lain aq nak cari,
jika betul dia jodoh untuk aq, permudahkanlah
Biarlah Allah yang membimbing hati2 kami,

Indahnya pernikahan selepas kahwin..=)

Dear diari,

Perancangan bisnis,
tahun depan berazam nak mengembangkan  lagi bisnis di kedai2 berhampiran
insyallah..hope dapat suami yang menjadi inspirasi untuk berniaga..
hohoho

ok.sampai di sini sahaja..wasalam



Sunday 21 July 2013

Diari Ramadan 2013

Dengan nama Allah^^

Ramadan ke-12:

Rezeki hujung minggu..terharu sebab ada nama siap2..tenkiuu kat azu


Oranng berbudi kita berbahasa, orang memberi kita meras pulak..Alhamdulillah




Ramadan ke- 7:

Budak2 ni memang suka berlari kalau nak masuk kelas agama. Masuk2 je nadia menjerit...

"Cikgu, Roslan tak puasa. dia bawak air pergi sekolah"

Aku pun tanyala si Roslan." Kenapa x puasa?"

" Mak saya tak kejut sy bangun sahur, cikgu"..Tepat jangkaan ku..

Roslan.
Memang aku kagum, hari pertama aku mendapat laporan darinye..
"Saya sorang je yang puase kat rumah, cikgu"

Roslan.
Anak pak mualaf.
Anak mak Islam.
Adik kepada kakak dan abng yng entah mcm mane imannya.

Roslan.
Bergeneng air mata,
Laju menderu titisan air itu, 
saat aku bertanya mengapa tak puasa.

Roslan.
lantas aku memujuk,
"Cikgu saya kamu,Allah lagi sayang kamu"
Walau kamu dapat berpuasa hanya 5 hari sahaja.

Allah.Allah.Allah
Aku menangis sendiri.
Terkenang nasib anak2 ini.



Wednesday 10 July 2013

Family Call

Dengan nama Allah

Tengok2 kat handset ada misscall dari Abah, memang cecepat la i call semula

rupe2nye nak tanya wat ape tu? nt malam baca surah Al-Fath lepas taraweh..pergh..panggilan tarbiyyah dari Abah..huaaa.syahdu rase tetiba bila org kampung tepon nih..

Sepatutnya anak yg kena tepon makabah..tapi dah terbalik..kikiki..Maknenye depa sayang aq la kannn..Yihaaa.
Minggu ni balik kampung berbuke dsana..Tiap2 minggu mesti balik la..

----> Entah kenapa menyambut Ramadan tahun ni tidak semeriah mcm tahun2 yang lepas..Lambat skit aq nak gase feel nye.Agaknya duk jauh kot ngan family..Adakah ini Ramadan terakhir..Allah..Amalanku masih sedikit lagi untuk dihitung..Tapi lepas dengar imam lafaz niat solat taraweh..barulah tersedar,,Dah masuk rupenye bulan Ramadan..Baru dapat feel..

Selama sebulan Ramadan ni, aku cuba untuk berikan terbaik untuk anak2 muridku..

Program Ihya Ramadan, Ceklist Ramadan, Iftar Jamaie...semoga program ulung2 kali ni dalam diari hidup ku  dapat berjalan dengan lancar. Hanya kepada Allah aku memohon pertolongan dan kekuatan..

AMin..

Tuesday 2 July 2013

17-3 = 14

Dengan nama Allah

Sedih sangat hari ini
Tiba2 mndapat berita 3 orang anak murid agama berpindah ke sekolah lain..

Tinggal je la 14 orang..

Di doakan semoga mereka yang berpindah dapat meneruskan hidup di sekolah baru dengan ilmu yang lebih baik dan berguna

Yang tinggal terus menjadi anak2 yang solehah

GB Bersara

Dengan nama Allah

1 Julai 2013

Tarikh lapor diri dan juga tarikh bersara GB skolah..


den je yang tunggal pakai tudung kat situ..Allah dah tentukan ini tempat yang terbaik untuk saya menabur bakti. smoga GB baru selepas ini tidak rasis dan tidak menghalang sebarang aktiviti PAI di sini.

Saya sayang sekolah, anak murid saya,,,=)

Sunday 23 June 2013

Syukur

Dengan nama Allah^^

14 Syaaban 1434 H,

Alhamdulillah, hari ini aku bersyukur kerana:

- Semakin hari semakin seronok tinggal di Pontian, dapat teman serumah yang dianggap seperti kakak sendiri. Dan kawan-kawannya yang membuatkan ana tidak pernah rasa kesunyian meniti alam dunia ini, Ya Allah..Aku doakan agar semua urusan mereka sentiasa dipermudahkanMu, Amin

- sehingga hari ini, aku masih lagi mampu bernafas, huhu,walaupun sudah 2 minggu atmosfera Malaysia diselubungi kabut akibat jerebu..Insaf apabila meneyedari kekuasaan mu dalam mentadbir dunia. Kun Fa Ya kUn.

- Perniagaan kecil2an yann baru bertapak semakin berkembang maju. Nak jadi seperti Khadijah yang kaya dan semuanya ditabur untuk gerk kerja Islam.

- Permohonan menjadi team 3N nisa' Malaysia diterima. Insyallah inilah pelaburan untuk ke akhirat. Insyallah

- Adikku Aliah sedikit demi sedikit sudah menunjukkan ciri-ciri wanita muslimah. semoga dia terus berusaha menjadi wanita solehah.. Semoga seluruh ahli keluargaku menjadi insan yang taat kepada agama.

Allahuakhbar

Tuesday 21 May 2013

Potong dah...

Dengan nama Allah^^

Relief 
lagi hari ni..Its my routine as a teacher here @@

6A
lagi hari ni//uhuk uhuk mau pengsan

ok.ade kerja untuk kamu, Latihan math pesanan Cikgu Lee..

" Cikgu, Baen Ho ambik buku agama saya" , jerit Daniel dengan mata yang bulat sambil mulut memuncung sedepa.
 Aku pun bangun menuju ke belakang kelas..Tengok2 dia bukan conteng pun..tapi sedang menulis sesuatu di atas kertas kosong, sambil menekap buku agama.

" Ckgu, betul tak ini saya tulis..Ini baca apa?''..tanya si botak kecik ni dengan loghat Cinanya yang pelat melekat.

"Owh, ini, Alif Ba Wau..Bacanya Abu ..Lagi, ini Ba Kaf Ra, Bakar..Abu Bakar..Ini nama orang.." pergh panjang lebar nak nerangkan eh.
" Wah, ini kamu tulis, pandai2..kamu suka belajar agama?".

Istilah agama di sekolah ini dah sinonim. Maksudnya Pendidikan islam la tu. Lepas terangkan, aku kembali ke meja guru.

Baen Ho pulak tiba2 datang di depan. Duduk melongo depan meja guru.

" Cikgu, Baen Ho kata kamu cantik. Tengok itu dia duduk depan kamu," mula2 buat dono je.. Si Tek Ko Yong ni memang suka merapu tak habis. Satu kelas dah gelak nih..Rimas sekejap.

" Cikgu, itu dia pandang kamu lagi.Itu dia duduk depan kamu lagi", Tek Ko Yong lagi,,Kelas sekali lagi gelak dan senyum. tergendala aku nak habiskan baca Hadis 40 ni..Reverse Psikologinya..Marah jadi senyum.." Ok, senyapp..tolong habiskan kerja wak semua ye,"..paling lembut la aku punye marah.

Anuar pulak cakap" Baen Ho pandai azan cikgu. Dia sebut Allahuakhbar!"..

Tak lama lepas tu, " Cikgu, baen Ho nak kawen dengan kamu,, Dia kena potong dulu lahh", kehkeh..untuk kesekian kalinya kelas ni tersenyum. Hampir tersedak aku dibuatnya. haha..kali ni memang aku tak tahan la..

Main potong potong pulak la kan..

Krinnggg!

Huh nasib baik dah habis waktu..'Terima Kasih cikgu', ucaptama kelas 6A

* Sebenarnya, aku terpikir, si Baen Ho yang sorang ni agaknya berminat nak tahu tentang Islam. Sebab hari tu pun, dia ada tanya aku macam mana nak sembahyang islam. Masa tu hari Khamis, ada program Jom Solat budak2 Islam. Ya Allah, kalau benarlah dia berminat untuk Islam. kau lorongkanlah aku untuk membantunya.Amin




Monday 20 May 2013

Aku nak Jadi Penulis

Cerita ape ye yg best untuk ditulis

Kes 253:

Sabrina menjadi polis sebab ingin menyiasat kemana hilangnya adik kembarnya Selina.
Dan lama kelamaan dia mula muncintai kariernya sebagai seorang polis.

Dalam siri terakhir, dia berjaya menumpaskan Malik. Malik dalang kepada kehilangan Selina.
Dan Selina rupa-rupanya sudah mati dibunuh Malik. Sabrina pasrah dan bercuti dari memori silamnya ke Mindanao, Indonesia.

Adakah mungkin benar Selina sudah mati?

Wow,,macam best je jalan cerita ni..Asignment baru. Kalau tukar watak kepada kisah guru pun ok gak ni..
Emmmm

Thursday 16 May 2013

2013 : Cik Ted

Dengan nama Allah

Malam tadi hujan turun dengan lebat,,Aku ni kalau dah hujan lebat sangat memang payah sikit nak tido..Macam2 benda terpikir..Macam mane la Ibu jual kueh hujan2 nanti. Habis la baju kat lua rumah basah. Kotor la kreta kalau kena hujan..Itu la..Ini lahh..

Manusia memang diciptakan dalam berkeluh kesah..

Sedar2 dah pukul 5.30 pagi..Alang2 tu,,bangun je la terus. buka pintu, ambil baju yang jatuh terus bilas dan sidai semula di ampaian..Jenguk kereta plak..alhamdulillah..semua selamat..Emm..terus siap2 la nak pergi sekolah

16 Mei: Hari Guru

7.10 a.m

Sampai di sekolah, kad ucapan yang pertama aku terima dari murid Cina Tahun 6. " Cikgu, ini kad dari saya,,Selamat Hari Guru"..Cikgu pilih nak nombor berapa?..erk?,,main cabut2 nombor plak ni..Cabut nombor ekor ker sayang oii.. "..
"Ok, cikgu dapat nombor 4..".
"Surprise ye cikgu"...

10.00 a.m

Cikgu Zunairah,,tunggu..Ni hadiah Cikgu.

Wah..aku ternganga sopan..serius ke ni cikgu punye?

Angan2 ku selama ini tercapai. Memang dah lama mengidamkan Teddy yang comel2 ni..tapi dah lama lupakan hasrat tu sebab ianya kehendak bukan keperluan.

Sekali dapat special hadiah dari murid2..Alhamdulillah

Lalu ,aku berikan namanya 

Cik Ted..Love youuu


Hadiah paling best tahunn ni^^

Putik-putik Takoma

Dengan nama Allah

Seingat ana, sudah 2 kali bunga ajaib di tepi jalan kukup berbunga riang. Warna merah jambu dan putih suci menghiasi jalan menuju ke kukup laut. Rasa aman dan tenang setiap kali melalui jalan ini. Indahnya dunia dan perhiasannya . Allah maha besar. 

Bulan April dan Mei merupakan masa putik Takoma berkembang di sepanjang jalan. Rasa macam di Jepun dan dipayungi bunga Sakura. Yuhuuuu..Bunga ini memerlukan musim kering yang ketara sebelum berbunga lebat, Dan jadilah Jepun sekejap di Malaysia. Nama saintifik Tabebuia Rosea.


Sangat teruja melihat flora dan fauna di tempat orang. Benarlah, jauh perjalanan luas pemandangan..Ayat yang sering meniti di bibir orang-orang kita. 

Ana memang suka melihat tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Yang kelakarnya, sampai pernah bercakap-cakap dengan daun, pokok, kucing dan ikan. Hilang stress ..Kalau di rumah, setiap kali balik kampung, ana la tukang siram pokok ibu..Seronok tengok ibu menanam pokok, tapi disebabkan ibu seorang wanita berkerjaya, kekangan masa membuatkan poko-pokok yang ditanam murang terjaga..Hehe..tapi takpe. nasib baik ana ni memang minat bertanam.. So, memang x payah disuruh, ana akan siram pokok-pokok ibu setiap kali balik kampung.

Lepas ni projek nak tanam pokok bunga di rumah sewa..insyallah..dapat oksigen free..

" Berbudi pada tanah takkan rugi,"



"Aish..tersnap sekali bendera Dacing la plak.."

Monday 22 April 2013

Oh Imbuhan!

Dengan nama Allah

Tajuk : Imbuhan apitan
Tahun :3A

Tajuk imbuhan ni boleh dikatakan setiap minggu lah ade nye. Sampai tak tahu dah nak buat pe aktivitinya. Ini kali lah guna kad2 imbasan yang dibuat sendiri. Letak atas meja banyak2 pastu suruh dyrg sambung2kan. Selain menguji minda, ia juga boleh menarik minat murid.





Mengajar mesti terbaik^^

Puzzle Your Day

Dengan nama Allah

Tajuk : Adab Berpakaian
Tahun : 3A
Teknik : Permainan puzzle (set induksi)

Senang je nak tarik minat murid ni sebeanrnye. Beri apa yang diorang nak. Depa ni suka sangat main. So, selepas puas pikiaq, akhirnya ini hasilnye..

Alhamdulillah, pengajaran lebih mudah dan berkesan nampaknya

Lets puzzle your day!





Mengajar mesti terbaik^^

Tuesday 16 April 2013

It's a great begin!

Dengan nama Allah

(15 .4.2013)
Isnin yang Indah,

Syukur kepada Allah, kerna Kau telah mempermudahkan jalan mereka untuk menuntut ilmu
Syukur kepada Allah, kerna Kau telah membukakan hati mereka untuk menutupi aurat maruah diri

Walaupun Fatimah masih tidak bertudung, namun aku merasakan suasana hari ini cukup2 nyaman. Rasa seeperti ingin terbang ke udara dan menyapa burung2burung di langit. Ingin ana katakan pada si burung

" Anak murid aku bertudung hari ini!!!!!!!!!!!", 

alhamdulillah ya Allah..Semoga hari ini melorongkan jalan yang lebih luas untuk aku membawa mereka ke arah keizzahan Islam.

Sedikit kelalakarnya, ada pulak Natsaha memakai tudung berwarna biru pagi ini..haha..memang kena sound lah dengan GB. Nasib baik tidak menjadi bahan bualan guru-guru Cina di sini. Mungkin ana terlepas pandang, sepatutnya kenalah berpesan awal2 supaya mengenakan tudung berwarna putih sahaja di sekolah.

But it is a great begin!

Moga perancangan untuk solat berjemaah bersama-sama mereka yang dijadualkan pada minggu ini berjalan dengan lancar.

Mereka bertudung hari ni^^



Monday 15 April 2013

Pertandingan Puisi Bahasa Cina Daerah Pontian

Dengan nama Allah

Bertemankan sahabat sejati Mr Canon , hari ini, seawal 7 pagi saya telah sampai ke sekolah. Niat kerana Allah Taala, moga diri ini menjadi suri tauladan bagi masyarakat Cina yang akan datang ke sekolah..Berpakaian sunnah isteri nabi Muhammad s.a.w iaitu lengkap berjubah biru gelap dan bertudung 60 inci, ana menggagahkan langkah ke dewan utama untuk meneruskan tugasan yang diberikan

    " Camerawoman"

Walaupun ilmu di dada masih secetek aliran anak sungai, namun ana tawakal untuk mencuba nasib apabila di sarungkan dengan jersi ini. Bila seseorang memberikan kepada kita sesuatu tanggungjawab, maknanya, dia memberikan sepenuh kepercayaan kepada kita untuk melakukannya. Dan ini adalah DAKWAH,. kerna kita sanggup menerima tanggungjawab tanpa membantah. Ini prinsip orang Cina, bila diberikan tugas, perlu dibuat, jangan sesekali menolak..Kita pun, haik,haik,,angguk2 aje la menerimanya.Ini adalah DAKWAH BIL HAL..Insyallah.


Mendengar lenggok-lenggok bahasa yang dipertontonkan oleh murid-murid Cina, membuatkan hati sedikit terhibur, bermacam-macam gaya, dan bermacam-macam ragam. Demi sebuah kemenangan. Sempat berbual-bual dengan seorang lagi "Cameraman" , katanya puisi Cina tidak perlu mengikut rima awal, akhir atau ape-ape, yang penting mesej yang disampaikan berjaya menawan hati para juri.

Khulasahnya, jika di sekolah, lapangkan dada untuk menerima sebanyak mana jawatan yang tidak diminta-dan disangka-sangka.. Wallahualam


Geng sekolah kita

Barisan pemenang

We love teaching

11 April 2013


Wednesday 10 April 2013

Kisah si Tiang Seri

Dengan nama Allah



"Siapa tak solat Subuh pagi tadi?"

Terkebil-kebil Fakhrul apabila mendengar pertanyaan yang penuh semangat gaya menteri dari ustazah..Sekejap tangan dialihkan ke kiri dan ke kanan, seolah-olah resah menanti giliran untuk ditanya oleh guru baharu itu. Soalan yang sama memecahkan atmosfera Bilik Sains untuk kedua kalinya..

"Saya tak tahu solat Ustazah, nenek saya belum ajar," jawapan yang penuh sayu memecah kesunyian dinding bilik..Tersentap hati ustazah dengan respon si anak kecil yang sentiasa kemas dan berbau harum jika pergi ke sekolah. Peluang seperti ini perlu dimanfaatkan sebaiknya . Bisik hati kecil si ustazah.

"Erm..ok.takpe.Fakhrul tak tahu nanti ustazah ajarkan. Yang lain macam mana? Qistina, Intan,solat tak pagi tadi?"..Gelengan demi gelengan sahaja yang menggamit pandangan ustazah. Sabarlah duhai hati..Mereka perlu diajar.

"Ok. takpe..ustazah ajar solat hari ini. Mula-mula kena tahu bilangan rakaat setiap solat..Ada berapa jumlah solat dalam sehari? ..erk..semua diam membisu..orait..ada 5 semuanya..senyum sahaja sang ustazah..Macam la kita makan kat rumah, ade berapa kali ? 5 kali kan..

    "makan sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang,makan malam"..dapat tu anak-anaku sayang?..lega rasanya selesai menyampaiakn. Walaupun belum pasti samada mereka dapat menanamnya kemas ke dalam kotak ingatan mereka, namun hati ustazah lega sedingin bayu di Gunung Kinabalu.

"Dapat ustazah," . Sedetik suara-suara itu bergema, hati ustazah gembira bukan kepalang. Syukur , alhamdulillah..Bersemangat ustazah apabila mendengar tindakbalas si kecil..Ok, jom kita main2 tampal-tampal..Siapa yang betul, dapat hadiah..

Yeyy...

Wednesday 3 April 2013

Hari Ni Dalam Sejarah

Dengan nama Allah

REkod dicatat

- Beli tv baru @ Pontian
- Parlimen Malaysia dibubarkan


Tapi yang geramnye..bukak2 tv je kluar lagu Sayangi Selangor Yakini BN..piraa

Tuesday 2 April 2013

Apa ye pekerjaan nabi murid-murid?

Dengan nama Allah

Momentum hari kedua bertambah segak setelah di boosterkan dengan burger ayer baloi..Alhamdulillah..Dan guru perlu cukup tidur. Kali ni nak cerita tentang sirah nabi.

Tajuk : Pekerjaan nabi semasa kecil
Tahun : 2A
Teknik : Tayangan video ( set induksi)


Dengan menggunakan video, kefahaman murid-murid lebih baik. juga untuk langkah 1,2 dan 3. Ana menyelitkan tayangan slideshow. Mereka nampak lebih berminat dengan sirah nabi. Meh nak ajar skit.

- Rasulullah bekerja sebagai pengembala kambing semasa di bawah jagaan ibu susunya Halimah dari Bani 
   Saad.
- Rasulullah mengikuti bapa saudaranya berniaga di Syam semasa berumur 12 tahun.

Hmm. baginda bekerja untuk menyara kehidupan. Tapi, sayangnya, ada segelintir manusia yang hanya mengharapkan rezeki datang bergolek.Iskh3..tak patutnya..kan?kan?kan?..=)


Mengajar mesti terbaik^^
Lao Xie Zu



Sekadar luahan rasa~

Dengan nama Allah

Alhamdulillah, hari ni baru dapat momentum sedikit berbanding semalam. Betul la kata pepatah " Hari ini mesti lebih baik dari semalam"..Mungkin disebabkan kepenatan memandu yang tidak hilang dan hanya dapat memasuki rumah sewa di Pontian pada hari isnin pagi..Takpe lah..let gone by..Pandanglah ke hadapan.

Alhamdulillah jua, dengan tarbiyyah yang ana dapat semasa berprogram , menjadikan diri ini semakin mengerti . Dunia ini sekadar singgahan. Dunia ini sekadar pinjaman. Bermalaman di tempat program, menjadikan ana sentiasa bersedia dengan perubahan pada setiap masa. Itu namanya Haraki. Maka, ini cabarannya, rupanya Dia menguji ana. Adakah ana ikhlas mendapatkan tarbiyyah selama ini. Adakah ana boleh bersabar dengan segala kerenah manusia. Ya, manusia yang selalu berubah-ubah fikirannya, Manusia yang bermacam-macam ragamnya, Manusia yang indah khabar dari rupa.

Alhamdulillah jua, segala yang berlaku pasti ada kemanisan hikmahnya. Walau diberi sedikit  susah x dapat masuk rumah sewa selepas semalaman bermalam di Ayer Baloi, ana dapat merasa kelazatan burger di Ayer Baloi. Allah, hebat sungguh perancanganNya. Hebat juga kasih sayang Allah kepada hambanya. Kau pujuk hati ku dengan memberi aku merasai kelazatan burger..Maha Suci Allah Yang Menciptakan Makhluknya, Bukan Sia-sia.

Alhamdulillah, aku juga dikirimkan seorang teman di daerah asing ini. Untuk aku meluahkan rasa dan gundah gulana. Masih banyak kekurangan aku semasa berteman dengannya. Dia selalu mencoretkan rasa hatinya padaku, tetapi aku sekadar mendengar. Kadang2 penat dengan kerja seharian membuatkan aku hampir tidak menghiraukan kehadirannya. Syukur Allah, Kau membimbingku  untuk cuba menjadi teman yang baik kepada manusia yang bergelar SAHABAT. Kau juga pujuk hatiku dengan mengurniakan seorang sahabat sepertinya. Tidak segan aku katakan di sini, di adalah insan tabah bernama Nurul Ashikin Othman. Walau kau sendiri tidak pernah membaca catatan ini, namun doaku tetap agar segala urusanmu dipermudahkan teman.

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.
Berjalanlah sambil memikirkan kehebatan Allah^^

Ex roomate di SMKA sharifah rodzhiah (2003-2004)
Ex classmate kelas kemahiran quran (KKQ) 2005-2006
Ex team nasyid Wardatuddiniah ( 2002)
Ex roomate di MPI (foundation) (2007-2008)
Ex sahabat MISA ( anak melaka)
Berhujan bersama di Dun Pantai Puteri @ culaan pengundi
Interim d Pontian ( 2013)
Dulu ,kini , selamanya.

Sahabat anugerah termahal di dunia^^

Saturday 23 March 2013

Hadiah gaji pertama

Alhamdulillah, pada malam yang barakoh ini, dapat juga ana menyempurnakan hajat untuk belanja keluarga ana makan. Kami memilin Azrul Tom Yam seafood untuk jalan2 cari makan kali ini.





Friday 22 March 2013

Sesat yang Indah ^^

Dengan nama Allah

SELASA ( 19 Mac 2013)- Seorang wanita muslimah, Zu Annair (bukan nama sebenar), telah tersilap memilih simpang 'exit' untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka. Beliau yang merupakan seorang guru interim di salah sebuah sekolah di Kukup Laut, Pontian telah memohon cuti selama 3 hari untuk menghadiri sesi penilaian khas bagi graduan cemerlang IPTA di Putrajaya. Menurut laporan, beliau yang memulakan perjalanan seawal 2 petang dari Pontian telah memasuki laluan ke Tangkak. 

Beliau juga telah tersesat sehingga menemui jalan ke Muar. Tetapi, beliau berasa sangat bersyukur kerana telah bertemu dengan beberapa orang yang bermurah hati untuk menunjukkan jalan ke Melaka. Berdasarkan petunjuk yang diberikan orang-orang tempatan, beliau telah melalui  Rimba Terjun yang menghubungkan jalan terus ke Sungai Rambai, Melaka. Dan beliau telah menemui beberapa keajaiban alam di sepanjang perjalanan tersebut.

" Saya berasa amat bersyukur kerana selamat pulang. Saya juga mendapat pengalaman baru di mana saya telah menemui jalan baru untuk ke Melaka", kata beliau semasa ditemui baru-baru ini. Beliau telah selamat sampai di rumahnya di Bukit Piatu berbekalkan 20kg durian dari daerah Kukup Laut, Pontian.

Sesungguhnya pengalaman sehingga tersesat ini amat memberi makna baru kepada hidup beliau. Walaupun sesat, tetapi Indah- Sumber dari GEMA ISLAM


Keajaiban alam- sawah yang terbentang luas

Keajaiban alam- perang bendera 

Smile walaupun letih

Saturday 16 March 2013

Cikgu, kamu sangat cantik!

Dengan nama Allah

Sekolah ganti jatuh pada 16 Mac 2013. Tiada istilah cuti Sabtu bagi guru-guru di daerah Johor. Mungkin ada beberapa tempat lagi seperti Melaka mengambil cuti berganti pada hari yang sama.

Setelah seminggu menghadapi peperiksaan, hari ini jundi-jundi ku mengikuti kelas Agama seperti biasa. Ana memilih tajuk Adab dan Akhlak dalam Islam bagi kebanyakan kelas dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Untuk tajuk aklak boleh la menggunakan video dan slide show. Sebab murid akan nampak dengan lebih jelas jika ditunjukkan dengan tayangan video.

Alhamdulillah, kesemua target dan aras murid dapat dicapai pada hari ini.

.............................................................................................................................................................. 

Kelas relief di Tahun 6, seperti biasa, kelas akan hiruk pikuk dengan suara dan kerenah mereka. Tahun 6 memang cukup terkenal dengan kebisingan dan kenakalan yang melampau. Itu pun hanya beberapa orang sahaja yang memainkan watak penting di dalam kelas. Ala-ala samseng la gamaknya. Ah Hong ( bijak tapi kurang beradab), Si Gemuk ( x tahu nama, tapi memang paling kuat dan kasar jika bercakap). 

Sedang ana menanda buku rekod kedatangan murid, kebisingan menjadi luar dari biasa. Cikgu! Cikgu!. Ana mengangkat muka. Si Ah Hong duduk bertentangan dengan meja guru. Tiada siapa yang mengaku memanggil nama Cikgu. Cikgu! Cikgu! Cikgu Junarah! Aku menadah muka kembali ke arah mereka. 

    "Sen Mo?", kali ini ana bertanya dengan bahsa Cina. Kalau dialek Cina dah keluar, tandanya gunung berapi bakal memanaskan laharnya sebelum dimuntahkan ke perut bumi.

Mereka terdiam sekejap. Sen Mo? Ana bertanya sekali lagi.

Taek Ko Yong memberanikan menjawab dengan pelat Cina, " Cikgu, ada budak lelaki cakap kamu saaangat cantik,"..Menggeledak suara ketawa mereka semua. Ana hanya mengangguk-angguk kepala. 

Lahar gunung berapi yang hendak keluar tadi bagaikan membeku dan terpadam semula..Lantas , ana suruh mereka menyambung semula kerja yang disediakan oleh Cikgu Lee .

................................................................................................................................................................

Sekadar merefleksi, budak2 juga manusia biasa. Tak kira Cina, Melayu, India, muda atau tua, semuanya dikurniakan Allah akal untuk menilai  si pandai dan si bodoh, si cantik dan si hodoh, si alim dan si dajal..
Untungla bagi mereka yang mendapat pujian. Walaupun pujian itu hanyalah pertolongan Allah untuk menutup aib diri kita di hadapan mereka. 
Ya Allah ampunilah dosaku.


Didiklah anakmu S.O.L.A.T

Dengan nama Allah..

Walaupun dah terlepas hari untuk mengupdate catatan ini, tapi jangan lupa update apa yang telah diajar kepada anak-anak kecil jundi Allah ini. 

Tajuk = Solat Fardu
Tahun= 2 A
Aktiviti = Pilih & tampal

Sebelum ana mengajar tajuk ini, ana meletakkan sesuatu di dalam hati, " Mesti mereka dah tahu solat fardu dan bilangannya"..Tapi, rupanya tekaan ana tidak tepat. Fakhrul dan Intan belum khatam dengan solat dan jumlahnya. Di sinilah bermula tanggungjawab ana untuk mendidik mereka bersolat.

Langkah 1= Memberi penerangan tentang solat dan rakaat serta kewajipannya
Langkah 2 = Membuat ulang tanya berulang-ulang kali tentang bilangan solat
Langkah 3 = Aktiviti pilih & tampal di papan hitam.

Walaupun mereka masih ingat-ingat lupa, tapi mereka sudah diberi pendedahan tentang solat dan waktunya. Seterusnya, perlu diberi perhatian pada waktu-waktu yang lain.


Mengajar mesti terbaik
Lao Xie Zu ^^

Warna-warni duniamu

Dengan nama Allah

Alhamdulillah, hari ini ana diberikan nikmat untuk menyedut udara kukup. Berpagian dengan aktiviti mewarna sempena Pertandingan Anti Dadah peringkat sekolah..Seronoknye jadi budak.budak..Mewarna memang merupakan cara terbaik untuk "mengumpan" murid. Bahkan, di luar negara, mewarna dijadikan terapi untuk kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran.







Barisan tenaga pengajar SJKC Ken Boon 2013
 15 Mac 2013

Thursday 14 March 2013

Zunairah

Dengan nama Allah

Alhamdulillah, jalan2 dilaman sesawang hari ni memberi sesuatu yang amat bermakna. Di sebalik nama yang dititipkan untuk ana oleh kedua orang tua di desa, rupa-rupanya terselit rahsia yang amat besar..

Zunairah bermaksud "Yang mempunyai Cahaya" dari segi literal arabi. Menurut sirah nabi, Zunairah Al Rumiya berasal dari bangsa Rom berketurunan Bani Makhzum . Dia juga merupakan hamba kepada Abu Jahal.

If indeed the meaning of the name ‘Zunairah’ is flower of Paradise, it would be a perfectly good and acceptable name for a believing female, and there would be absolutely no harm if one wishes to assign the ‘Zunairah’ to their female off-spring.
To the best of our knowledge we have not heard or come across a female believer at the time of the Prophet (saws) by the name of ‘Zunariah’, but it is possible that there was a female believer by the name ‘Zunairah’ at the time of the Prophet (saws), but she might not have been very famous or well known like Aisha, or Khadijah, or Fatimah, etc.  Allah Alone Knows Best.
But because the name ‘Zunairah’ does not connote a term of disbelief, nor does it have an inherent evil meaning, it would be an absolutely good and acceptable name for a believing female.

http://www.islamhelpline.com/node/6802.

Wednesday 13 March 2013

Ibrah dari mutiara

Dengan nama Allah 


Iman adalah mutiara,
Di dalam hati manusia,
Yang meyakini Allah Maha Esa Maha kuasa.

Bila lagu kumpulan Raihan ini dinyanyikan dulu, ana tak pernah terfikir apa maksud yang tersirat di sebalik liriknya. Tapi semenjak usia sudah menginjak dewasa, baru ana sedar, betapa berharganya Mutiara Iman yang dimaksudkan penyaynyi dakwah itu.

Bukti Kekuasaan Allah:-

Mutiara yang kita kenal selama ini sebenarnya menunjukkan lagi kekuasaan Allah S.W.T akan keupayaannya untuk mencipta makhluk di dunia. Ia sejenis makhluk yang bukan sembarangan boleh dicipta oleh manusia. Walau ada jenis yang diternak , namun tidak sama dengan si asli.  

Memerlukan antara satu sama lain :- 

Ia dihasilkan oleh sesetengah haiwan , terutamanya moluska seperti tiram .Pembentukan alami mutiara dimulai saat benda asing terselip masuk ke dalam tiram diantara kulit dan mantel, hal ini menyakiti mantel. Seperti terkena serpihan tajam. Tiram kemudian menyelimuti benda asing tersebut sebagai reaksi alami perlindungan dirinya. Mantel menyelimuti benda asing menggunakan nacre yang pada akhirnya terbentuklah mutiara. Nah, betapa kompleks pembentukan tiram. Sama seperti kompleksnya kehidupan manusia dan memerlukan benda lain untuk hidup.

Luar jelik dalam cantik :-

Fizikal  luar cengkerang tiram berlumut dan bertompok-tompok hitam putih. Namun, di dalamnya tersimpan sebutir mutiara yang cantik lagi berharga. Begitu juga ibaratnya manusia, pandangan rupa paras tidak sama sekali menggambarkan apa yang tersimpan di dalam hati seseorang. Malah, kecantikan luaran pasti akan pudar ditelan zaman. Yang kekal hanyalah nilai akhlak yang diterjemahkan dengan sikap dan tingkahlaku.

Tinggi usaha tinggi nilai :-

Hanya penyelam berpengalaman sahaja bisa mampu mendapatkan Sang Mutiara yang cantik di dasar laut. Jika diibaratkan dengan nilai iman manusia, hanya mereka-mereka yang komited berusaha untuk menambah iman sahaja bisa merasai kemanisan dan kecantikan iman itu. Ianya tidak lain dengan mendatangi majlis-majlis ilmu walau memerlukan seribu macam pengorbanan.

Jadilah secantik Mutiara :-

Wanita solehah lagi toyyibah adalah lebih bernilai dari mutiara. Buah fikirannya bisa memakmurkan sebuah negara. Tutur katanya bisa meruntun kalbu zauj tercinta. Budi pekertinya elok terjaga. Amal ibadahnya hanya untuk Allah yang menciptakannya. Hanya jannah tempat yang dicita-citakannya.



Tuesday 12 March 2013

Gaji pertama

Dengan nama Allah.

Alhamdulillah, yang dinanti2 telah tiba. Akhirnya, masuk juga gaji untuk bulan ni..nampaknye boleh da membuat simpanan untuk masa depan..Kena lah berkira-kira apa yang patut dan apa yang tidak. Bahagikan keperluan dan kehendak. Yang penting, biar keluarga ana yang merasa dulu gaji pertama ni.. Insyallah

Tenkiu Allah..

Nak duit raya!

Monday 11 March 2013

Mereka Yang Tidak Tahu..

Dengan nama Allah

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari



Mereka Yang Tidak Tahu 1 :(Tahun 1)

"Siapa nabi Muhammad? "
"Tuhan kita , cikgu.!" Jerit anak-anak murid ku Tahun 1.
"Ya Rabbi, bukan Tuhan, Nabi Muhammad tu nabi kita, pesuruh Allah..". 
..........................................................................................................................................................

Mereka Yang Tidak Tahu 2: (Tahun 4)

" Ok semua tengok kuku siapa yang panjang." Sambil meneliti jari jemari kecil itu satu persatu.
" Fatimah, kenapa simpan kuku panjang ni, tak baik untuk kesihatan".
"Ala cikgu, saya saje je nak simpan. Cikgu potongkan kuku saya boleh?"..pinta si gadis bermuka bulat ala chinese doll ini.
"Mari sini jari tu, cikgu potongkan.."..peluang untuk menceritakan sunnah nabi..hati kecil ana berbicara.

" Nak tahu tak, potong kuku setiap hari Isnin adalah sunnah nabi ", sambil mata menumpukan ke arah kukunya.
" Haaa? sunnah tu ape cikgu?", ana dah agak mesti depa tak tahu..inilah yang dikatakan pengajaran di luar silibus
" Sunnah tu maknanya perkara yang nabi buat, kalau kita ikut macam nabi buat, kita dapat pahala".
" Oh saya tahu, nabi mesti suka potong kuku hari Isnin kan cikgu? "
" Ya, pandai pun. Nak tahu tak , nabi kalau potong kuku, kena mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan , kemudian berakhir dengan jari ibu sebelah kanan". Ana menerangkan sambil menunjukkan demo pada jari tangan mereka.
" Dan jangan lupa sambil berselawat sambil memotong kuku.". sambung ana lagi.
" Ohhhh, saya nak dapat pahala, saya nak ikut macam nabi"..kata Fatimah dengan girang sambil melihat kukunya yang belum habis dipotong oleh ana.
" Nah, cikgu da siap potongkan kuku, jangan lupa ya, sunnah nabi potong setiap hari Isnin.ok"..

................................................................................................................................................................

Untuk mereka yang tidak tahu,
Aku akan sampaikan,
Walau sedikit tetapi berkat yang kuharapkan.
Untuk mereka yang tidak tahu,
Ilmu itu perlu dicari,
sebagai bekalan,
untuk masa hadapan.



Thursday 7 March 2013

Tegas Tetapi Lembut.

Dengan nama Allah..

Sudah 2 hari Maggi Tomyam cap Cintan menjadi menu makan malam ana. Alhamdulillah, walaupun hampir tidak tertelan lagi rasanya dengan mi yang dicipta mesin manusia, namun inillah rezeki yang Allah kurniakan. Kadangkala ingin mengeluh, dengan gaji guru ganti dan gaji guru interim yang belum kunjung tiba di dalam akaun CIMB ana, mahu menangis rasanya. Ana bukan tidak mahu meminta elaun fama, tetapi cukuplah selama ini pengorbanan mereka terhadap ana. Biarlah ana berlapar asalkan mereka di kampung cukup makan dan pakai..Biarlah adik2 ana cukup keperluan untuk bersekolah.. 

Sambil menghirup sang maggi, teringat peristiwa pagi tadi . Dengan panggilan cikgu yang menjadi kebiasaan murid-murid di sekolah cina, tersentak ana dengan telatah Fatimah Irdina.
  " Cikgu, janganlah pindah sekolah lain lepas ni"."Kenapa?", ana bertanya dengan penuh tanda soal dikepala. " Saya suka cikgu ajar"..balas Fatimah . Belum sempat ana bertanta lagi, dia sudah berlari menuju ke kelas sambil menjerit, "Nanti Cikgu sambung cerita lagi ye", tersengeh-sengeh Fatimah dan terus melangkah masuk ke kelas Tahun 4..

Allahuakhbar, ana termenung seketika..Rasanya masih banyak lagi amanah yang belum ana sampaikan kepada anak-anak ini. Namun, alhamdulillah, walaupun baru sebulan ana mencurah bakti di sana, mereka sudah seronok menerima subjek Pendidikan Islam. Pendekatan tegas tetapi lembut benar-benar berkesan. Walaupun mereka ditegur dan didenda dengan hukuman rotan jika tidak membuat kerja sekolah, tetapi mereka masih suka dan boleh menerima Pendidikan Islam. Bahkan setiap kali tiba waktu agama, berlumba-lumba mereka naik ke Bilik Sains untuk mengikuti kelas agama. Dan ana berazam untuk terus mendidik dan membimbing mereka agar menjadi jundi-jundi Islam yang cilik dalam agama dan pelajaran.

Ana sayang mereka


Wednesday 6 March 2013

Tribute buat Wan Ahmad Hilmi

Dengan nama Allah

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
-Al Ankabut : 57-

Sahabat, 
Tahun 2007 ,
Telah tercatat di luh Mahfuz kita dipertemukan untuk bersama-sama menuntut ilmu di bumi berkah Institut Pendidikan Guru Islam, Bangi. Teringat lagi aku, semasa kali pertama kita sekelas mengadakan bulatan usrah pada Minggu Pengurusan Pelajar Baharu ,MPPB..Berkenal-kenalan sesama ahli kelas dan mengikat tali perjanjian untuk menuntut ilmu bersama-sama tanpa rasa jemu. Saat itu, semua di antara kita masih malu-malu untuk bertegur sapa sebab atas tittle " Ustaz" dan "Ustazah"..Alangkah harum mewangi lagi bau-bau ukhuwah kita disaat itu..

Tahun 2008,
Kita semua sangat aktif menghidupkan ikatan ukhuwwah sesama kita. Walaupun masa itu, kau masih tidak dapat menerima kami sebagai sahabatmu, namun sedikit demi sedikit, dirimu tegar menerima kami sebagai rakan seperjuangan . Rindu nya aku pada dirimu dan sahabat-sahabat yang lain. 
Ingat tak kita semua berdrama bersama-sama dalam minggu Bahasa Inggeris peringkat institut, kami menjadi Princess dan kau menjadi Raja, terkekek-kekek penonton melihat telatahmu. Sehinnga kelas kita dinobat "The most Creative Group" pada masa itu. Masa itu, aku merasakan kau dan mereka semua sudah semakin akrab sebagai sahabatku.


Dan ingat lagi tak, kita sekelas selalu berjamuan menyambut harijadi, makan besar dan lain-lain. Semua tempat makan di Bangi menyimpan seribu kenangan kita semua. Yenkees Hut, Nelayan, Nasi Arab, Chicken Rice Alamanda. Kala itu, kekenyangan kita semua sambil bergurau senda.



Tahun 2009, kita semua lagi dihiburkan dengan telatah mu di dalam kelas. Bermacam-macam ragam kita semua. Bekerjasama menghias kelas, menghadiri program maktab bersama, saling top up ilmu dan asemen. Allah sungguh rindu aku di kala saat ini.





Tahun 2010, kita semakin rancak dengan misi ukhuwah kita. Rehlah kelas tak terkira banyaknya. Masing2 seronok dengan aktiviti yang dirancang bersama. Sehingga kelas kita digelar " Kelas kaki jalan".Mana taknya, semua tempat kita pergi. Sampai Sabah pun kita jejak bersama. Rutin ziarah menziarah sesama raya sudah menjadi aktiviti wajib kita, rumah kau aje yang belum kami sampai. Lainnya, dari Kuala Selangor, Melaka, N9, johor, Parit, Perak, Kelantan, semua sudah kita lawati..Paling best, para pensyarah yang mengajar kelas kita semua sudah menjadi keluarga besar kita. Kita semua sangat kamcing dengan mereka..
Bukit Cahaya
Sabah

Sea View Resort, Kuala Selangor

Sea View Resort, Kuala Selangor

Tahun 2011, suka duka kita bersama tetap bersemadi dalam jiwa raga. Kita semakin matang menilai pilihan yang datang di depan mata. Program yang diatur kita raikan satu persatu. Organisasi kita berkembang hingga ke peringkat antarabangsa. Kita semakin mesra dan sudah tidak segan untuk berkngsi rasa. Sesaat berjauhan bagai seribu tahun yang melanda.

Brunei Darussalam


Tahun 2012, sedang kita sibuk mencari haluan dan memperlengkapkan diri dengan tugasan pelajar tahun akhir, tanggal 6 Mac, kami dikejutkan dengan berita kemalangan kau di Banting. aku bagaikan tak percaya kau dan rakan2 sekelas di landa musibah. Betulkah Ahmad dah takde..baru malam tadi aku lihat kau pos gambar posing kat facebook. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita semua. Allah tahu kita semua tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini. Ujian ini meningkatkan tahap iman kita kepada Nya. 
Air mata kita semua sudah tidak mampu dibendung lagi saat kami semua melihat sekujur tubuhmu di tutup kain putih. Tenang sekali ku lihat wajahmu di serambi itu. Kau bagaikan tidur lena sambil tidak menghiraukan apa2 jua yang sedang menziarahimu masa itu. Ramai sekali insan-insan suci yang mensolatkan jenazahmu pada hari itu. Ku lihat seluruh ahli keluargamu sedang memerah mata mereka. Kami semua bagai tidak kesah lagi mata yang semakin laju menitiskan air mata dan membengkak entah berapa sentimeter. Bertambah sebak di dada apabila tubuhmu di angkat untuk ditanam di tanah perkuburan. 





6 Mac 2013,
Kini sudah genap setahun pemergianmu meninggalkan kami . Merempuh segala fitnah dan onak duniawi. Dirimu beruntung kerna sudah tidak perlu lagi melihat kebobrokan dunia yang semakin berkecamuk lagi. Kami pasti merindui gelak tawamu selepas ini..Allah.Kau jauhkanlah dirinya dari azab api neraka.Kau permudahkanlah urusannya di akhirat sana..MOga kita bertemu lagi di sana Insyallah..Al Fatihah.