Saturday 23 March 2013

Hadiah gaji pertama

Alhamdulillah, pada malam yang barakoh ini, dapat juga ana menyempurnakan hajat untuk belanja keluarga ana makan. Kami memilin Azrul Tom Yam seafood untuk jalan2 cari makan kali ini.





Friday 22 March 2013

Sesat yang Indah ^^

Dengan nama Allah

SELASA ( 19 Mac 2013)- Seorang wanita muslimah, Zu Annair (bukan nama sebenar), telah tersilap memilih simpang 'exit' untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka. Beliau yang merupakan seorang guru interim di salah sebuah sekolah di Kukup Laut, Pontian telah memohon cuti selama 3 hari untuk menghadiri sesi penilaian khas bagi graduan cemerlang IPTA di Putrajaya. Menurut laporan, beliau yang memulakan perjalanan seawal 2 petang dari Pontian telah memasuki laluan ke Tangkak. 

Beliau juga telah tersesat sehingga menemui jalan ke Muar. Tetapi, beliau berasa sangat bersyukur kerana telah bertemu dengan beberapa orang yang bermurah hati untuk menunjukkan jalan ke Melaka. Berdasarkan petunjuk yang diberikan orang-orang tempatan, beliau telah melalui  Rimba Terjun yang menghubungkan jalan terus ke Sungai Rambai, Melaka. Dan beliau telah menemui beberapa keajaiban alam di sepanjang perjalanan tersebut.

" Saya berasa amat bersyukur kerana selamat pulang. Saya juga mendapat pengalaman baru di mana saya telah menemui jalan baru untuk ke Melaka", kata beliau semasa ditemui baru-baru ini. Beliau telah selamat sampai di rumahnya di Bukit Piatu berbekalkan 20kg durian dari daerah Kukup Laut, Pontian.

Sesungguhnya pengalaman sehingga tersesat ini amat memberi makna baru kepada hidup beliau. Walaupun sesat, tetapi Indah- Sumber dari GEMA ISLAM


Keajaiban alam- sawah yang terbentang luas

Keajaiban alam- perang bendera 

Smile walaupun letih

Saturday 16 March 2013

Cikgu, kamu sangat cantik!

Dengan nama Allah

Sekolah ganti jatuh pada 16 Mac 2013. Tiada istilah cuti Sabtu bagi guru-guru di daerah Johor. Mungkin ada beberapa tempat lagi seperti Melaka mengambil cuti berganti pada hari yang sama.

Setelah seminggu menghadapi peperiksaan, hari ini jundi-jundi ku mengikuti kelas Agama seperti biasa. Ana memilih tajuk Adab dan Akhlak dalam Islam bagi kebanyakan kelas dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Untuk tajuk aklak boleh la menggunakan video dan slide show. Sebab murid akan nampak dengan lebih jelas jika ditunjukkan dengan tayangan video.

Alhamdulillah, kesemua target dan aras murid dapat dicapai pada hari ini.

.............................................................................................................................................................. 

Kelas relief di Tahun 6, seperti biasa, kelas akan hiruk pikuk dengan suara dan kerenah mereka. Tahun 6 memang cukup terkenal dengan kebisingan dan kenakalan yang melampau. Itu pun hanya beberapa orang sahaja yang memainkan watak penting di dalam kelas. Ala-ala samseng la gamaknya. Ah Hong ( bijak tapi kurang beradab), Si Gemuk ( x tahu nama, tapi memang paling kuat dan kasar jika bercakap). 

Sedang ana menanda buku rekod kedatangan murid, kebisingan menjadi luar dari biasa. Cikgu! Cikgu!. Ana mengangkat muka. Si Ah Hong duduk bertentangan dengan meja guru. Tiada siapa yang mengaku memanggil nama Cikgu. Cikgu! Cikgu! Cikgu Junarah! Aku menadah muka kembali ke arah mereka. 

    "Sen Mo?", kali ini ana bertanya dengan bahsa Cina. Kalau dialek Cina dah keluar, tandanya gunung berapi bakal memanaskan laharnya sebelum dimuntahkan ke perut bumi.

Mereka terdiam sekejap. Sen Mo? Ana bertanya sekali lagi.

Taek Ko Yong memberanikan menjawab dengan pelat Cina, " Cikgu, ada budak lelaki cakap kamu saaangat cantik,"..Menggeledak suara ketawa mereka semua. Ana hanya mengangguk-angguk kepala. 

Lahar gunung berapi yang hendak keluar tadi bagaikan membeku dan terpadam semula..Lantas , ana suruh mereka menyambung semula kerja yang disediakan oleh Cikgu Lee .

................................................................................................................................................................

Sekadar merefleksi, budak2 juga manusia biasa. Tak kira Cina, Melayu, India, muda atau tua, semuanya dikurniakan Allah akal untuk menilai  si pandai dan si bodoh, si cantik dan si hodoh, si alim dan si dajal..
Untungla bagi mereka yang mendapat pujian. Walaupun pujian itu hanyalah pertolongan Allah untuk menutup aib diri kita di hadapan mereka. 
Ya Allah ampunilah dosaku.


Didiklah anakmu S.O.L.A.T

Dengan nama Allah..

Walaupun dah terlepas hari untuk mengupdate catatan ini, tapi jangan lupa update apa yang telah diajar kepada anak-anak kecil jundi Allah ini. 

Tajuk = Solat Fardu
Tahun= 2 A
Aktiviti = Pilih & tampal

Sebelum ana mengajar tajuk ini, ana meletakkan sesuatu di dalam hati, " Mesti mereka dah tahu solat fardu dan bilangannya"..Tapi, rupanya tekaan ana tidak tepat. Fakhrul dan Intan belum khatam dengan solat dan jumlahnya. Di sinilah bermula tanggungjawab ana untuk mendidik mereka bersolat.

Langkah 1= Memberi penerangan tentang solat dan rakaat serta kewajipannya
Langkah 2 = Membuat ulang tanya berulang-ulang kali tentang bilangan solat
Langkah 3 = Aktiviti pilih & tampal di papan hitam.

Walaupun mereka masih ingat-ingat lupa, tapi mereka sudah diberi pendedahan tentang solat dan waktunya. Seterusnya, perlu diberi perhatian pada waktu-waktu yang lain.


Mengajar mesti terbaik
Lao Xie Zu ^^

Warna-warni duniamu

Dengan nama Allah

Alhamdulillah, hari ini ana diberikan nikmat untuk menyedut udara kukup. Berpagian dengan aktiviti mewarna sempena Pertandingan Anti Dadah peringkat sekolah..Seronoknye jadi budak.budak..Mewarna memang merupakan cara terbaik untuk "mengumpan" murid. Bahkan, di luar negara, mewarna dijadikan terapi untuk kanak-kanak yang bermasalah dalam pembelajaran.







Barisan tenaga pengajar SJKC Ken Boon 2013
 15 Mac 2013

Thursday 14 March 2013

Zunairah

Dengan nama Allah

Alhamdulillah, jalan2 dilaman sesawang hari ni memberi sesuatu yang amat bermakna. Di sebalik nama yang dititipkan untuk ana oleh kedua orang tua di desa, rupa-rupanya terselit rahsia yang amat besar..

Zunairah bermaksud "Yang mempunyai Cahaya" dari segi literal arabi. Menurut sirah nabi, Zunairah Al Rumiya berasal dari bangsa Rom berketurunan Bani Makhzum . Dia juga merupakan hamba kepada Abu Jahal.

If indeed the meaning of the name ‘Zunairah’ is flower of Paradise, it would be a perfectly good and acceptable name for a believing female, and there would be absolutely no harm if one wishes to assign the ‘Zunairah’ to their female off-spring.
To the best of our knowledge we have not heard or come across a female believer at the time of the Prophet (saws) by the name of ‘Zunariah’, but it is possible that there was a female believer by the name ‘Zunairah’ at the time of the Prophet (saws), but she might not have been very famous or well known like Aisha, or Khadijah, or Fatimah, etc.  Allah Alone Knows Best.
But because the name ‘Zunairah’ does not connote a term of disbelief, nor does it have an inherent evil meaning, it would be an absolutely good and acceptable name for a believing female.

http://www.islamhelpline.com/node/6802.

Wednesday 13 March 2013

Ibrah dari mutiara

Dengan nama Allah 


Iman adalah mutiara,
Di dalam hati manusia,
Yang meyakini Allah Maha Esa Maha kuasa.

Bila lagu kumpulan Raihan ini dinyanyikan dulu, ana tak pernah terfikir apa maksud yang tersirat di sebalik liriknya. Tapi semenjak usia sudah menginjak dewasa, baru ana sedar, betapa berharganya Mutiara Iman yang dimaksudkan penyaynyi dakwah itu.

Bukti Kekuasaan Allah:-

Mutiara yang kita kenal selama ini sebenarnya menunjukkan lagi kekuasaan Allah S.W.T akan keupayaannya untuk mencipta makhluk di dunia. Ia sejenis makhluk yang bukan sembarangan boleh dicipta oleh manusia. Walau ada jenis yang diternak , namun tidak sama dengan si asli.  

Memerlukan antara satu sama lain :- 

Ia dihasilkan oleh sesetengah haiwan , terutamanya moluska seperti tiram .Pembentukan alami mutiara dimulai saat benda asing terselip masuk ke dalam tiram diantara kulit dan mantel, hal ini menyakiti mantel. Seperti terkena serpihan tajam. Tiram kemudian menyelimuti benda asing tersebut sebagai reaksi alami perlindungan dirinya. Mantel menyelimuti benda asing menggunakan nacre yang pada akhirnya terbentuklah mutiara. Nah, betapa kompleks pembentukan tiram. Sama seperti kompleksnya kehidupan manusia dan memerlukan benda lain untuk hidup.

Luar jelik dalam cantik :-

Fizikal  luar cengkerang tiram berlumut dan bertompok-tompok hitam putih. Namun, di dalamnya tersimpan sebutir mutiara yang cantik lagi berharga. Begitu juga ibaratnya manusia, pandangan rupa paras tidak sama sekali menggambarkan apa yang tersimpan di dalam hati seseorang. Malah, kecantikan luaran pasti akan pudar ditelan zaman. Yang kekal hanyalah nilai akhlak yang diterjemahkan dengan sikap dan tingkahlaku.

Tinggi usaha tinggi nilai :-

Hanya penyelam berpengalaman sahaja bisa mampu mendapatkan Sang Mutiara yang cantik di dasar laut. Jika diibaratkan dengan nilai iman manusia, hanya mereka-mereka yang komited berusaha untuk menambah iman sahaja bisa merasai kemanisan dan kecantikan iman itu. Ianya tidak lain dengan mendatangi majlis-majlis ilmu walau memerlukan seribu macam pengorbanan.

Jadilah secantik Mutiara :-

Wanita solehah lagi toyyibah adalah lebih bernilai dari mutiara. Buah fikirannya bisa memakmurkan sebuah negara. Tutur katanya bisa meruntun kalbu zauj tercinta. Budi pekertinya elok terjaga. Amal ibadahnya hanya untuk Allah yang menciptakannya. Hanya jannah tempat yang dicita-citakannya.



Tuesday 12 March 2013

Gaji pertama

Dengan nama Allah.

Alhamdulillah, yang dinanti2 telah tiba. Akhirnya, masuk juga gaji untuk bulan ni..nampaknye boleh da membuat simpanan untuk masa depan..Kena lah berkira-kira apa yang patut dan apa yang tidak. Bahagikan keperluan dan kehendak. Yang penting, biar keluarga ana yang merasa dulu gaji pertama ni.. Insyallah

Tenkiu Allah..

Nak duit raya!

Monday 11 March 2013

Mereka Yang Tidak Tahu..

Dengan nama Allah

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat." Hadith Riwayat Bukhari



Mereka Yang Tidak Tahu 1 :(Tahun 1)

"Siapa nabi Muhammad? "
"Tuhan kita , cikgu.!" Jerit anak-anak murid ku Tahun 1.
"Ya Rabbi, bukan Tuhan, Nabi Muhammad tu nabi kita, pesuruh Allah..". 
..........................................................................................................................................................

Mereka Yang Tidak Tahu 2: (Tahun 4)

" Ok semua tengok kuku siapa yang panjang." Sambil meneliti jari jemari kecil itu satu persatu.
" Fatimah, kenapa simpan kuku panjang ni, tak baik untuk kesihatan".
"Ala cikgu, saya saje je nak simpan. Cikgu potongkan kuku saya boleh?"..pinta si gadis bermuka bulat ala chinese doll ini.
"Mari sini jari tu, cikgu potongkan.."..peluang untuk menceritakan sunnah nabi..hati kecil ana berbicara.

" Nak tahu tak, potong kuku setiap hari Isnin adalah sunnah nabi ", sambil mata menumpukan ke arah kukunya.
" Haaa? sunnah tu ape cikgu?", ana dah agak mesti depa tak tahu..inilah yang dikatakan pengajaran di luar silibus
" Sunnah tu maknanya perkara yang nabi buat, kalau kita ikut macam nabi buat, kita dapat pahala".
" Oh saya tahu, nabi mesti suka potong kuku hari Isnin kan cikgu? "
" Ya, pandai pun. Nak tahu tak , nabi kalau potong kuku, kena mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan , kemudian berakhir dengan jari ibu sebelah kanan". Ana menerangkan sambil menunjukkan demo pada jari tangan mereka.
" Dan jangan lupa sambil berselawat sambil memotong kuku.". sambung ana lagi.
" Ohhhh, saya nak dapat pahala, saya nak ikut macam nabi"..kata Fatimah dengan girang sambil melihat kukunya yang belum habis dipotong oleh ana.
" Nah, cikgu da siap potongkan kuku, jangan lupa ya, sunnah nabi potong setiap hari Isnin.ok"..

................................................................................................................................................................

Untuk mereka yang tidak tahu,
Aku akan sampaikan,
Walau sedikit tetapi berkat yang kuharapkan.
Untuk mereka yang tidak tahu,
Ilmu itu perlu dicari,
sebagai bekalan,
untuk masa hadapan.



Thursday 7 March 2013

Tegas Tetapi Lembut.

Dengan nama Allah..

Sudah 2 hari Maggi Tomyam cap Cintan menjadi menu makan malam ana. Alhamdulillah, walaupun hampir tidak tertelan lagi rasanya dengan mi yang dicipta mesin manusia, namun inillah rezeki yang Allah kurniakan. Kadangkala ingin mengeluh, dengan gaji guru ganti dan gaji guru interim yang belum kunjung tiba di dalam akaun CIMB ana, mahu menangis rasanya. Ana bukan tidak mahu meminta elaun fama, tetapi cukuplah selama ini pengorbanan mereka terhadap ana. Biarlah ana berlapar asalkan mereka di kampung cukup makan dan pakai..Biarlah adik2 ana cukup keperluan untuk bersekolah.. 

Sambil menghirup sang maggi, teringat peristiwa pagi tadi . Dengan panggilan cikgu yang menjadi kebiasaan murid-murid di sekolah cina, tersentak ana dengan telatah Fatimah Irdina.
  " Cikgu, janganlah pindah sekolah lain lepas ni"."Kenapa?", ana bertanya dengan penuh tanda soal dikepala. " Saya suka cikgu ajar"..balas Fatimah . Belum sempat ana bertanta lagi, dia sudah berlari menuju ke kelas sambil menjerit, "Nanti Cikgu sambung cerita lagi ye", tersengeh-sengeh Fatimah dan terus melangkah masuk ke kelas Tahun 4..

Allahuakhbar, ana termenung seketika..Rasanya masih banyak lagi amanah yang belum ana sampaikan kepada anak-anak ini. Namun, alhamdulillah, walaupun baru sebulan ana mencurah bakti di sana, mereka sudah seronok menerima subjek Pendidikan Islam. Pendekatan tegas tetapi lembut benar-benar berkesan. Walaupun mereka ditegur dan didenda dengan hukuman rotan jika tidak membuat kerja sekolah, tetapi mereka masih suka dan boleh menerima Pendidikan Islam. Bahkan setiap kali tiba waktu agama, berlumba-lumba mereka naik ke Bilik Sains untuk mengikuti kelas agama. Dan ana berazam untuk terus mendidik dan membimbing mereka agar menjadi jundi-jundi Islam yang cilik dalam agama dan pelajaran.

Ana sayang mereka


Wednesday 6 March 2013

Tribute buat Wan Ahmad Hilmi

Dengan nama Allah

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kemudian hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
-Al Ankabut : 57-

Sahabat, 
Tahun 2007 ,
Telah tercatat di luh Mahfuz kita dipertemukan untuk bersama-sama menuntut ilmu di bumi berkah Institut Pendidikan Guru Islam, Bangi. Teringat lagi aku, semasa kali pertama kita sekelas mengadakan bulatan usrah pada Minggu Pengurusan Pelajar Baharu ,MPPB..Berkenal-kenalan sesama ahli kelas dan mengikat tali perjanjian untuk menuntut ilmu bersama-sama tanpa rasa jemu. Saat itu, semua di antara kita masih malu-malu untuk bertegur sapa sebab atas tittle " Ustaz" dan "Ustazah"..Alangkah harum mewangi lagi bau-bau ukhuwah kita disaat itu..

Tahun 2008,
Kita semua sangat aktif menghidupkan ikatan ukhuwwah sesama kita. Walaupun masa itu, kau masih tidak dapat menerima kami sebagai sahabatmu, namun sedikit demi sedikit, dirimu tegar menerima kami sebagai rakan seperjuangan . Rindu nya aku pada dirimu dan sahabat-sahabat yang lain. 
Ingat tak kita semua berdrama bersama-sama dalam minggu Bahasa Inggeris peringkat institut, kami menjadi Princess dan kau menjadi Raja, terkekek-kekek penonton melihat telatahmu. Sehinnga kelas kita dinobat "The most Creative Group" pada masa itu. Masa itu, aku merasakan kau dan mereka semua sudah semakin akrab sebagai sahabatku.


Dan ingat lagi tak, kita sekelas selalu berjamuan menyambut harijadi, makan besar dan lain-lain. Semua tempat makan di Bangi menyimpan seribu kenangan kita semua. Yenkees Hut, Nelayan, Nasi Arab, Chicken Rice Alamanda. Kala itu, kekenyangan kita semua sambil bergurau senda.



Tahun 2009, kita semua lagi dihiburkan dengan telatah mu di dalam kelas. Bermacam-macam ragam kita semua. Bekerjasama menghias kelas, menghadiri program maktab bersama, saling top up ilmu dan asemen. Allah sungguh rindu aku di kala saat ini.





Tahun 2010, kita semakin rancak dengan misi ukhuwah kita. Rehlah kelas tak terkira banyaknya. Masing2 seronok dengan aktiviti yang dirancang bersama. Sehingga kelas kita digelar " Kelas kaki jalan".Mana taknya, semua tempat kita pergi. Sampai Sabah pun kita jejak bersama. Rutin ziarah menziarah sesama raya sudah menjadi aktiviti wajib kita, rumah kau aje yang belum kami sampai. Lainnya, dari Kuala Selangor, Melaka, N9, johor, Parit, Perak, Kelantan, semua sudah kita lawati..Paling best, para pensyarah yang mengajar kelas kita semua sudah menjadi keluarga besar kita. Kita semua sangat kamcing dengan mereka..
Bukit Cahaya
Sabah

Sea View Resort, Kuala Selangor

Sea View Resort, Kuala Selangor

Tahun 2011, suka duka kita bersama tetap bersemadi dalam jiwa raga. Kita semakin matang menilai pilihan yang datang di depan mata. Program yang diatur kita raikan satu persatu. Organisasi kita berkembang hingga ke peringkat antarabangsa. Kita semakin mesra dan sudah tidak segan untuk berkngsi rasa. Sesaat berjauhan bagai seribu tahun yang melanda.

Brunei Darussalam


Tahun 2012, sedang kita sibuk mencari haluan dan memperlengkapkan diri dengan tugasan pelajar tahun akhir, tanggal 6 Mac, kami dikejutkan dengan berita kemalangan kau di Banting. aku bagaikan tak percaya kau dan rakan2 sekelas di landa musibah. Betulkah Ahmad dah takde..baru malam tadi aku lihat kau pos gambar posing kat facebook. Tapi Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita semua. Allah tahu kita semua tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini. Ujian ini meningkatkan tahap iman kita kepada Nya. 
Air mata kita semua sudah tidak mampu dibendung lagi saat kami semua melihat sekujur tubuhmu di tutup kain putih. Tenang sekali ku lihat wajahmu di serambi itu. Kau bagaikan tidur lena sambil tidak menghiraukan apa2 jua yang sedang menziarahimu masa itu. Ramai sekali insan-insan suci yang mensolatkan jenazahmu pada hari itu. Ku lihat seluruh ahli keluargamu sedang memerah mata mereka. Kami semua bagai tidak kesah lagi mata yang semakin laju menitiskan air mata dan membengkak entah berapa sentimeter. Bertambah sebak di dada apabila tubuhmu di angkat untuk ditanam di tanah perkuburan. 





6 Mac 2013,
Kini sudah genap setahun pemergianmu meninggalkan kami . Merempuh segala fitnah dan onak duniawi. Dirimu beruntung kerna sudah tidak perlu lagi melihat kebobrokan dunia yang semakin berkecamuk lagi. Kami pasti merindui gelak tawamu selepas ini..Allah.Kau jauhkanlah dirinya dari azab api neraka.Kau permudahkanlah urusannya di akhirat sana..MOga kita bertemu lagi di sana Insyallah..Al Fatihah.




Tuesday 5 March 2013

Lillahita'ala

Dengan nama Allah

"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap istiqamahmaka tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan mereka tiada (pula) berduka cita. "
-Al Ahqaaf :13-

Istiqamah dengan perkara kebaikan itu amat dituntut dalam Islam. Catatan perjalanan pada hari ini sedikit sebanyak menuntut ana untuk menilai diri ini, sejauh mana nilai istiqamah dalam diri ini terus dipraktikkan. 

Sejak berkhidmat di sekolah, hari pertama , ana pasakkan dalam mind set dan berazam untuk sentiasa mentajdid niat setiap pagi sebelum pergi ke sekolah. Rutin harian , sebaik sahaja menaiki kereta, doa kenderaan akan dibaca, kemudian niat untuk ke sekolah " Sahaja aku pergi mendidik anak bangsa kerana Allah Taala". Tetapi sejak akhir ini, amalan mentajdid niat sudah semakin ana lupakan. Selalunya , dari rumah sewa lagi ana sudah membetulkan niat. Sejak sibuk menguruskan bermacam-macam hal di sekolah, kadang membuatkan ana akan terkejar-kejar untuk pergi kesekolah dan sampai tepat pada waktunya. Sudah mengahrungi separuh perjalan, ana tersedar yang niat untuk mendidik belum dibaca..Allahuakhbar. Allah benar-benar mengetahui hamba yang dijadikannya. Manusia itu insan lupa dan lalai. Maka di saat kalam ini berbicara, ana kembali merenung kekurangan diri, menilai dan mengkoreksi diri sejauh mana nilai Istiqamah di amalkan dalam diri..

Melalui detik dan saat di sekolah, jika tanpa niat yang betul kerana Allah, maka rugi sahaja lah memandu kereta sejauh 30 minit dari bandar Pontian ke Kukup Laut. Maka sia-sia juga lah kaki ini melangkah dari kelas ke kelas. Dari bilik guru ke bilik sains..Berjalan di atas papan lantai kantin sambil setiap hari mengisi perut di kantin. Allah..

Di saat ini, ana memasang azam dan menanam janji baru untuk kekal Istiqamah mentajdid niat. Agar tidak sia-sia hidup ini dan tidak dipandang sepi oleh Allah.

Lillahita'ala..

May Allah bless all of us^^

Monday 4 March 2013

Weekend with them^^

Dengan nama Allah..

Kriiiing!!! loceng tamat sekolah..
Pantas ana mengemas buku diatas meja guru, susun agar nampak kemas meja guru Panitia Pendidikan Islam..Islam mesti sentiasa KEMAS dan BERSIH..thats my principe..
Ferrari merah dihidupkan dan cuaca panas tepi laut membuatkan ana memasang penghawa dingin pada tahap maksimum..
hati ni bernyanyi2 riang sambil lagu nasyid berkumandang di corong radio,..Menanti waktu untuk pulang ke desa..Allah.rindu nye untuk pulang..
Bas bergerak dari bandar Pontian jam 2.30 petang dengan menaiki City Line..Seterusnya berhenti sebentar di Batu Pahat dan hentian seterusnya di Muar. Dari Muar menaiki bas jam 5.30 petang dan sampai di Melaka jam 6.20 petang..
~Perjalanan yang panjang untuk pulang ~

Hari ini hari Sabtu, pagi2 lagi ibu dan abah sudah menyediakan sarapan ketupat untuk kami sekeluarga. Ketupat berlaukkan sambal tumis ikan bilis dan urap kelapa.Memang menyentap selera ana. Seusai sarapan, abah mengeluarkan mesin rumput dan menuju ke belakang rumah..Ana menyusur di belakang abah dengan senjata paling berharga di abad ini...Pengait sampah dan penyodok longkang..Matahari memancarkan cahaya bagaikan cemburu dengan kami. Keringat jika dikumpulkan boleh dicurahkan semula untuk mandi pada tahun berikutnya. " Sesekali balik kampung, apa salahnya berbakti pada ibu abah", omelku sendirian sambil mengait dan terus mengait rumput-rumput kering yang siap di mesin oleh abah..

Sekejap kemudia, terkedek-kedek si tembam Wicah datang menjenguk. Si kecil berusia 3 tahun ini memang sudah mesra dengan keluarga kami. Ana apa lagi , " Cacah, mai sini, tolong kak Mira sekali"..hihi.berlari-lari anak si wicah mendapatkan pengait sampah berwarna hijau di tepi dinding rumah.."Kejap lagi Kak Mira belanja aiskrim ye"..sambil memujuk si kecil..Janji ditepati!.

Alhamdulillah, bersih kawasan belakang rumah ana bulan ni. Ibu menghidangkan kami air dan memasak kuah lemak ikan dan sayur goreng untuk makan tengahari. Marvelous!..
Seronok ber "Weekend With Them".




Lunch time plak
Ya Allah, kau kurniakanlah ketenangan, kasih sayang, mahabbah wa rahmah dalam keluarga kami, Kau peliharalah iman dan takwa mereka. Jauhkanlah kami dari perkara maksiat.Amin"

2 Mac 2013


Kau dan Dia Berbeza

Dengan nama Allah..

Kau dan Dia berbeza.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al Hujurat:13)
.............................................................................................................................................................

Seusai habis mengajar di sekolah tadi, ana ke kantin sekolah untuk mengambil nasi goreng pataya yang ditempah tengahari tadi. Sambil berjalan di atas lantai papan kantin, terserempak dengan murid-murid cina dan ibu bapa mereka yang setia menunggu anak mereka hingga habis tuisyen. 

Satu yang ana kagum dengan sekolah cina, mereka termasuk guru dan ibubapa berhabis-habisan berkorban masa dan harta untuk memastikan kecemerlangan anak-anak mereka. Tak kisah walau di rotan oleh guru di sekolah.. Rotan memang dah jadi rutin di sekolah ni, ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru-guru untuk mendidik anak mereka.

Sesampai di kantin sekolah, wajah tua "Mak" terjengul di muka pintu. Sambil tangan lincah mengemas perkakas dapur, sambil leka berbual dengan ana. Mak di antara 7 komuniti Melayu yang berkhidmat di SJKC Ken Boon ni. Kami semua bagaikan anak beranak di sekolah cina di daerah Kukup Laut. Tiap-tiap hari ana akan menempah makanan sebagai bekalan makan malam. Alhamdulillah, ana bersyukur Allah mengirim insan-insan yang baik sewaktu ana di posting kan . Kami bagaikan anak beranak baru walau bukan sedarah daging.

Banyak juga yang dibualkan dengan Mak tentang perkembangan pendidikan Islam di sekolah ini,
" 2 tahun lepas ada Ustaz Azam ajar agama dekat sini. Zaman dia, budak2 semua kena hambat kalau tak solat. Dia baru balik Mesir, terus minta guru sementara d sini. Ustaz kalau murid Melayu buat hal je, rotan la jawabnye. Menjadi la jugak budak2 ni. Ada la juga basic Islam kat sini. Tahun lepas Ustaz Dini ganti pula. Tapi Ustaz ni lembut sikit, budak2 tak takut sangat, asyik main game je kerjanya. Kerja sekolah pun selalu  tak ada. Budak2 pun naik lemak la..Cikgu jadi la macam Ustaz Azam, bersungguh di ajar budak-budak Islam.. Dia belum kahwin tau cikgu, katanya nak cari yang sehaluan macam cikgu.."..

Panjang lebar cerita Mak..terkebil-kebil ana tunggu bilalah nak habis.. Tapi yang paling tersentap ayat yang last tu..Allah aje a yang tahu..

Mereka dan ana sama tapi tak serupa. Mereka ada cara dan gaya tersendiri untuk dipertonjolkan.Manakan sama si hitam dan si putih..Ana juga perancangan ana tersendiri. Walaupun terkesan benar dengan cerita Mak, dan agak berat akal ini menerima serta menanggung harapan besar Mak, namun ana akan cuba yang terbaik dan termampu ana laksanakan.

3 bulan pertama fasa observing & adaption,
3 bulan kedua fasa refreshing their spirit,
bulan seterusnya fasa penerapan,
tahun depan fasa pembinaan (new book)
Insyallah