Monday 4 March 2013

Kau dan Dia Berbeza

Dengan nama Allah..

Kau dan Dia berbeza.

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." (Al Hujurat:13)
.............................................................................................................................................................

Seusai habis mengajar di sekolah tadi, ana ke kantin sekolah untuk mengambil nasi goreng pataya yang ditempah tengahari tadi. Sambil berjalan di atas lantai papan kantin, terserempak dengan murid-murid cina dan ibu bapa mereka yang setia menunggu anak mereka hingga habis tuisyen. 

Satu yang ana kagum dengan sekolah cina, mereka termasuk guru dan ibubapa berhabis-habisan berkorban masa dan harta untuk memastikan kecemerlangan anak-anak mereka. Tak kisah walau di rotan oleh guru di sekolah.. Rotan memang dah jadi rutin di sekolah ni, ibu bapa memberikan sepenuh kepercayaan kepada guru-guru untuk mendidik anak mereka.

Sesampai di kantin sekolah, wajah tua "Mak" terjengul di muka pintu. Sambil tangan lincah mengemas perkakas dapur, sambil leka berbual dengan ana. Mak di antara 7 komuniti Melayu yang berkhidmat di SJKC Ken Boon ni. Kami semua bagaikan anak beranak di sekolah cina di daerah Kukup Laut. Tiap-tiap hari ana akan menempah makanan sebagai bekalan makan malam. Alhamdulillah, ana bersyukur Allah mengirim insan-insan yang baik sewaktu ana di posting kan . Kami bagaikan anak beranak baru walau bukan sedarah daging.

Banyak juga yang dibualkan dengan Mak tentang perkembangan pendidikan Islam di sekolah ini,
" 2 tahun lepas ada Ustaz Azam ajar agama dekat sini. Zaman dia, budak2 semua kena hambat kalau tak solat. Dia baru balik Mesir, terus minta guru sementara d sini. Ustaz kalau murid Melayu buat hal je, rotan la jawabnye. Menjadi la jugak budak2 ni. Ada la juga basic Islam kat sini. Tahun lepas Ustaz Dini ganti pula. Tapi Ustaz ni lembut sikit, budak2 tak takut sangat, asyik main game je kerjanya. Kerja sekolah pun selalu  tak ada. Budak2 pun naik lemak la..Cikgu jadi la macam Ustaz Azam, bersungguh di ajar budak-budak Islam.. Dia belum kahwin tau cikgu, katanya nak cari yang sehaluan macam cikgu.."..

Panjang lebar cerita Mak..terkebil-kebil ana tunggu bilalah nak habis.. Tapi yang paling tersentap ayat yang last tu..Allah aje a yang tahu..

Mereka dan ana sama tapi tak serupa. Mereka ada cara dan gaya tersendiri untuk dipertonjolkan.Manakan sama si hitam dan si putih..Ana juga perancangan ana tersendiri. Walaupun terkesan benar dengan cerita Mak, dan agak berat akal ini menerima serta menanggung harapan besar Mak, namun ana akan cuba yang terbaik dan termampu ana laksanakan.

3 bulan pertama fasa observing & adaption,
3 bulan kedua fasa refreshing their spirit,
bulan seterusnya fasa penerapan,
tahun depan fasa pembinaan (new book)
Insyallah


No comments:

Post a Comment