Friday 22 March 2013

Sesat yang Indah ^^

Dengan nama Allah

SELASA ( 19 Mac 2013)- Seorang wanita muslimah, Zu Annair (bukan nama sebenar), telah tersilap memilih simpang 'exit' untuk pulang ke kampung halamannya di Melaka. Beliau yang merupakan seorang guru interim di salah sebuah sekolah di Kukup Laut, Pontian telah memohon cuti selama 3 hari untuk menghadiri sesi penilaian khas bagi graduan cemerlang IPTA di Putrajaya. Menurut laporan, beliau yang memulakan perjalanan seawal 2 petang dari Pontian telah memasuki laluan ke Tangkak. 

Beliau juga telah tersesat sehingga menemui jalan ke Muar. Tetapi, beliau berasa sangat bersyukur kerana telah bertemu dengan beberapa orang yang bermurah hati untuk menunjukkan jalan ke Melaka. Berdasarkan petunjuk yang diberikan orang-orang tempatan, beliau telah melalui  Rimba Terjun yang menghubungkan jalan terus ke Sungai Rambai, Melaka. Dan beliau telah menemui beberapa keajaiban alam di sepanjang perjalanan tersebut.

" Saya berasa amat bersyukur kerana selamat pulang. Saya juga mendapat pengalaman baru di mana saya telah menemui jalan baru untuk ke Melaka", kata beliau semasa ditemui baru-baru ini. Beliau telah selamat sampai di rumahnya di Bukit Piatu berbekalkan 20kg durian dari daerah Kukup Laut, Pontian.

Sesungguhnya pengalaman sehingga tersesat ini amat memberi makna baru kepada hidup beliau. Walaupun sesat, tetapi Indah- Sumber dari GEMA ISLAM


Keajaiban alam- sawah yang terbentang luas

Keajaiban alam- perang bendera 

Smile walaupun letih

No comments:

Post a Comment