Thursday 7 March 2013

Tegas Tetapi Lembut.

Dengan nama Allah..

Sudah 2 hari Maggi Tomyam cap Cintan menjadi menu makan malam ana. Alhamdulillah, walaupun hampir tidak tertelan lagi rasanya dengan mi yang dicipta mesin manusia, namun inillah rezeki yang Allah kurniakan. Kadangkala ingin mengeluh, dengan gaji guru ganti dan gaji guru interim yang belum kunjung tiba di dalam akaun CIMB ana, mahu menangis rasanya. Ana bukan tidak mahu meminta elaun fama, tetapi cukuplah selama ini pengorbanan mereka terhadap ana. Biarlah ana berlapar asalkan mereka di kampung cukup makan dan pakai..Biarlah adik2 ana cukup keperluan untuk bersekolah.. 

Sambil menghirup sang maggi, teringat peristiwa pagi tadi . Dengan panggilan cikgu yang menjadi kebiasaan murid-murid di sekolah cina, tersentak ana dengan telatah Fatimah Irdina.
  " Cikgu, janganlah pindah sekolah lain lepas ni"."Kenapa?", ana bertanya dengan penuh tanda soal dikepala. " Saya suka cikgu ajar"..balas Fatimah . Belum sempat ana bertanta lagi, dia sudah berlari menuju ke kelas sambil menjerit, "Nanti Cikgu sambung cerita lagi ye", tersengeh-sengeh Fatimah dan terus melangkah masuk ke kelas Tahun 4..

Allahuakhbar, ana termenung seketika..Rasanya masih banyak lagi amanah yang belum ana sampaikan kepada anak-anak ini. Namun, alhamdulillah, walaupun baru sebulan ana mencurah bakti di sana, mereka sudah seronok menerima subjek Pendidikan Islam. Pendekatan tegas tetapi lembut benar-benar berkesan. Walaupun mereka ditegur dan didenda dengan hukuman rotan jika tidak membuat kerja sekolah, tetapi mereka masih suka dan boleh menerima Pendidikan Islam. Bahkan setiap kali tiba waktu agama, berlumba-lumba mereka naik ke Bilik Sains untuk mengikuti kelas agama. Dan ana berazam untuk terus mendidik dan membimbing mereka agar menjadi jundi-jundi Islam yang cilik dalam agama dan pelajaran.

Ana sayang mereka


No comments:

Post a Comment