Saturday 16 March 2013

Cikgu, kamu sangat cantik!

Dengan nama Allah

Sekolah ganti jatuh pada 16 Mac 2013. Tiada istilah cuti Sabtu bagi guru-guru di daerah Johor. Mungkin ada beberapa tempat lagi seperti Melaka mengambil cuti berganti pada hari yang sama.

Setelah seminggu menghadapi peperiksaan, hari ini jundi-jundi ku mengikuti kelas Agama seperti biasa. Ana memilih tajuk Adab dan Akhlak dalam Islam bagi kebanyakan kelas dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Untuk tajuk aklak boleh la menggunakan video dan slide show. Sebab murid akan nampak dengan lebih jelas jika ditunjukkan dengan tayangan video.

Alhamdulillah, kesemua target dan aras murid dapat dicapai pada hari ini.

.............................................................................................................................................................. 

Kelas relief di Tahun 6, seperti biasa, kelas akan hiruk pikuk dengan suara dan kerenah mereka. Tahun 6 memang cukup terkenal dengan kebisingan dan kenakalan yang melampau. Itu pun hanya beberapa orang sahaja yang memainkan watak penting di dalam kelas. Ala-ala samseng la gamaknya. Ah Hong ( bijak tapi kurang beradab), Si Gemuk ( x tahu nama, tapi memang paling kuat dan kasar jika bercakap). 

Sedang ana menanda buku rekod kedatangan murid, kebisingan menjadi luar dari biasa. Cikgu! Cikgu!. Ana mengangkat muka. Si Ah Hong duduk bertentangan dengan meja guru. Tiada siapa yang mengaku memanggil nama Cikgu. Cikgu! Cikgu! Cikgu Junarah! Aku menadah muka kembali ke arah mereka. 

    "Sen Mo?", kali ini ana bertanya dengan bahsa Cina. Kalau dialek Cina dah keluar, tandanya gunung berapi bakal memanaskan laharnya sebelum dimuntahkan ke perut bumi.

Mereka terdiam sekejap. Sen Mo? Ana bertanya sekali lagi.

Taek Ko Yong memberanikan menjawab dengan pelat Cina, " Cikgu, ada budak lelaki cakap kamu saaangat cantik,"..Menggeledak suara ketawa mereka semua. Ana hanya mengangguk-angguk kepala. 

Lahar gunung berapi yang hendak keluar tadi bagaikan membeku dan terpadam semula..Lantas , ana suruh mereka menyambung semula kerja yang disediakan oleh Cikgu Lee .

................................................................................................................................................................

Sekadar merefleksi, budak2 juga manusia biasa. Tak kira Cina, Melayu, India, muda atau tua, semuanya dikurniakan Allah akal untuk menilai  si pandai dan si bodoh, si cantik dan si hodoh, si alim dan si dajal..
Untungla bagi mereka yang mendapat pujian. Walaupun pujian itu hanyalah pertolongan Allah untuk menutup aib diri kita di hadapan mereka. 
Ya Allah ampunilah dosaku.


No comments:

Post a Comment