Thursday 28 February 2013

Oh Amoi

Dengan nama Allah



Hari ni dapat guru ganti on da sport untuk Tahun6.. Aduh, ana mengeluh di hadapan GPK1..Dia boleh tersnyum saja. Sebab tahu tahun 6 punya darjat kenakalan..

Tangga demi tangga aku naiki. Sampai di depan kelas.."ayoo,, cikgu,,selamat pagi"..Selamat pagi..
Cow Sia Lai..wah ,,tiba-tiba murid bersorak gembira..Cikgu melayu tahu cakap Cina..Baru depa tahu yang kami pun faham bahasa dia.

Murid-murid buat kerja! muka surat....

Loceng pun berbunyi menandakan tamat waktu..Ana memandang ke kiri dan kanan kelas..Eh..awat nye muka depa ni sama pesen je..OOOOO..They are twins lalalala...I like twins very much..So..apa lagi,,candid le..

"Kembar seiras anugerah Tuhan..Betapa besar nya kuasa Allah yang menciptakan manusia berbagai-bagai rupa,,ada yang sama dan ada yang tak sama..Kadang-kadang ,walaupun kembar, namun tetap ada perbezaannya.."- Zunairah,2013(^^)v

Wednesday 27 February 2013

Imbuhan apitan

Dengan nama Allah.

Ini kali cerita PNP pulak

Tajuk : Imbuhan apitan (Meng..Kan)
Tahun : 3
Bahan : Lego (Set Induksi)

Pening juga nak buat set induksi Jawi tajuk ni..Tercari-cari idea lain dari yang lain untuk menarik minat mereka untuk tajuk ni.Akhirnya, ana terpandang set lego di dalam Bilik Sains ..jeng3..ini kali..kasi Lego lah pulak..Model roda kereta untuk mengapit badan kereta ..hihi..walaupun agak susah nak kaitkan dengan pelajaran, tapi disebabkan bakat terpendam " menggoreng" ,,ini dia hasilnya..


Roda sebagai apitan imbuhan meng..kan

hadiah untuk murid tahun 2


Mengajar mesti terbaik
Lao Xie Zu (^^)v

Dengan nama Allah..

Alhamdulillah, Allahuakhbar

Diari 1:
 Seusai pulang dari aktiviti kokurikulum di sekolah jam 4 petang, perut terasa lapar minta
 diisi..Mana tidaknya, waktu terakhir menyuap nasi sudah 10 jam berlalu, maka mulalah berdendang
 sayang dia..Kaki pun melangkah ke kderetan kedai makan ZAITUN HUSIN di sebelah jeti dekat
 dengan sekolah..Nasi goreng paprik satu ,,macam biasalah menu kegemaran ..dalam erti kata menu ni
 2 in 1..sebab ada lauk skit..makan tengahri dan makan malam .Tapi,,alangkah sedihnya, masakan kali
 ni tidak memenuhi selera..Nasi paprik tak jadi ( tkda ayam, takda sayur, kuahnya hanya ala-ala
 kicap)..dan harga yang mahal RM6.30..iskh3...tapi disebabkan lapau..so bedal aje la..sekian

Diari 2 :
Berita temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dah jadi isu panas pada mahasiswa
IPG. Allah maha besar, dengan doa yang panjang ana titipkan tiap kali solat, berita sahih pagi tadi selepas menelefon wakil spp."Tahniah, anda tersenarai dalam senarai penilaian khas atas sebab keputusan cemerlang pointer keseluruhan".Lantas, ibu dihubungi  menyampaikan berita baik
ini..Sujud  syukur, alhamdulilah..Penat lelah dan keberkatan para pensyarah yang mencurahkan ilmu di bumi berkat lagi bertuah  IPGKPI yang sentiasa dirindui, akhirnya, rezeki mencurah-curah kepada
hamba yang lemah ini..Thanks again to Allah..


SYUKUR BERTAMU LAGI..
VERSI: AKU ADA ABAH

 "Maka terhadap nikmat Tuhanmu yang manakah kamu ragu-ragu? " -An Najm :55

Sollu 'Ala Nabi..Allhumma Saidina Muhammad Wa' Ala Alihi Wa Sohbihi Wasallim.

   Ya Allah, malunya aku padamu di atas segala pemberian yang telah engkau berikan aku selama ini. Aku hanyalah insan biasa, yang tidak mempunyai apa-apa selain dengan kehendak dan pertolonganmu Ya Allah Ya Rahim.. Rasa sebak memenuhi segenap jiwa ragaku. Menyerap ke dalam tulang rusuk dan anggotaku ini di saat mengenang kembali segala pemberianmu Ya Allah. Surat ini khas buat Abah..Bacalah Abah jika andaikata aku pergi dulu sebelum mu bertemu Tuhan Rabbul Jalal.

   Abah yang ku sayangi,
    Saat aku dilahirkan, aku disambut oleh abah yang sangat soleh dan terbaik bagi kami sekeluarga. Ketika aku di tadika Pasti Al Huda, abah yang sering menjemputku pulang. Ketika aku berumur 5-6 tahun, abah yang menukar dan menyalinkan lampinku, Abah yang memasangkan kelambu sebelum tidur untukku dan abang. Sewaktu aku mendapat adik yang ketiga, Aliah. Abah yang melayani ibu di rumah. Abah yang menyiapkan bakul makanan ibu semasa di hospital..

  Abah insan mulia yang sangat aku kagumi.
  Abah yang memang tegas dalam hal-hal agama dan dalam mendidik anak-anak mengenal Islam dan menjadi manusia. Abah yang kini semakin hari semakin dimamah usia, Allah...Mudah sahaja air mata ini mengalir jika mengenagkan segala jasa-jasa Abah di dunia ini..Masih terngiang-ngiang lagi segala nasihat Abah . Abah bijak menjaga hati dan perasaan anak-anak serta pandai meraih dan menghargai sang isteri..

    Abah yang kusayangi,
    Aku paling suka bila pulang ke kampung Abah,,kami berkumpul dan saling mendengar cerita-cerita Abah di serambi nenek..Sesungguhnya, aku sangat merindui saat itu untuk bertamu lagi..Berkumpul dan bercerita kisah-kisah lama abah sewaktu kecil sebagai anak kampung , merantau ke kota mencari rezeki, bertemu dan dijodohkan dengan Ibu, dan kini lahirlah aku..anak perempuan pertama Abah.

   Abah yang kusayangi,
   Abah, semangat dan keikhlasan bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga menjadi peransang untuk aku bekerja. Abah sebagai Pembantu Am di sekolah, tidak pernah pulang ke rumah sbelum jam 5 petang. Abah juga jarang sekali ku lihat mengambil cuti bekerja jika tidak apa-apa. Seingat aku, Abah juga tak pernah mengecewakan permintaan siapa-siapa. Abah...pasti pulang ke rumah dengan bungkusan makanan untuk anak-anak di rumah. aku kenal kuih 'apam balik' dari abah. aku kenal kueh 'ca kuew' jua dari abah.

   Abah yang kusayangi,
   Ketika aku dilamar oleh si dia, orang pertama yang aku berkongsi rasa adalah Abah. Aku suka mendengar  nasihat Abah dari kaca mata seorang lelaki. Abah juga ada di saat dia bertandang ke rumah. Abah tidak pernah mengecewakan aku dan adik-adik sekeluarga. Walaupun hati ini ragu dengan lamaran yang datang, tapi dengan dorongan dan nasihat abah jualah aku menjadi wanita yang bijak menilai pilihan yang datang.

  Abah yang kusayangi,
  Sangat memahami perjuangan Rasulullah yang aku bawa. Sentiasa menjadi ruang untuk berbincang tentang siasah dan hal-hal agama.Rupanya Abah dulu jua pernah merasai kemanisan usrah bersama teman seperjuangan. Dan seingat aku, sewaktu kecil dahulu, rumah kami sering dijadikan tempat untuk berusrah antara abah dan raka-rakan .Pasti ada tirai untuk bahagian muslimah apabila usrah dijalankan di rumah . Aku pula sering sahaja tertidur kerana tidak tahan mengantuk menunggu usrah habis sehingga jam 11 malam..=) Baru aku sedar ,rupa-rupanya aku ni penyambung perjuangan abah..Patutla aku memang bersemangat kalau berbicara tentang hal-hal ini.

Abah yang kusayangi,
 Masih banyak lagi jasamu yang tidak dapat kucoretkan di ruang ini. Aku sendiri tidak tahu apa jua perasaan sebenar Abah. Melainkan, sejak akhir-akhir ini, Abah sering sahaja mahu kami adik beradik berada di rumah di sampingnya. Kata Abah, " Kalau boleh abah nak Mira bekerja di Melaka, Abah suka kalau pagi2 kita semua keluar bekerja sama-sama"..meriah katanya. Apa yang aku faham, sebenarnya Abah tidak mahu berjauhan dengan anak-anaknya.. Allah..menitis lagi air mata ku ini mengenangkan harapan Abah.

Abah yang kurindui,
Moga aku mendapat suami dan peneman hidup seperti Abah. Yang sentiasa ada untuk aku meneruskan hidup di Bumi Tuhan ini. Yang sentiasa adil kepada anak-anak yang diwariskannya. Yang tegar memegang dan meneruskan serta menyokong perjuangan nabi Muhammad Sollahualaihiwasalam. Yang ikhlas seperti Abah. Yang Cool seperti Abah. Dan yang soleh seperti Abah.


Abah, ku doakan mu sejahtera di dunia dan akhirat




Monday 25 February 2013

Dengan nama Allah,

Diari : Ana terpempan seketika apabila melihat si Tempang melintas jalan dari sekolah ke kereta ibunya..
          Kereta terus dipandu walaupun fikiran menerewang memikirkan kejadian tadi.. Syukur ana
          dikurniakan susuk anggota yang sempurna..Alhamdulillah..Dedikasi buat si Tempang


Si Tempang,
kasihan ku lihat kau berjalan sendirian,
terdengkut-dengkut menuju ke arah pacuan ibumu.

Si Tempang,
aku terpikir ,
Mengapa tiada yang menyambutmu pulang dari lubuk ilmu itu,
Adakah mereka malu dengan kehadiranmu,
Atau sebenarnya mereka mahu kamu bertatih tanpa bantuan manusia.

Si Tempang,
seragam putih berkain kundang,
aku doakan kau terus meluncur tanpa kecundang
Menempuh hari-hari yang mendatang,
Moga al Jannah dan Annajah mencorak pandang..





Sunday 24 February 2013

Dengan nama Allah s.w.t.

PICNIC @ TANJUNG PIAI,PONTIAN

"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah Karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan (rasul-rasul)". (Al Imran :137)

   Allah maha adil di dalam setiap yang diciptakannya. Tidak pernah sekali pun Dia mendustai dan tidak pernah sesaat pun Dia meninggalkan kita dari pandangannya. Perjalanan ana pada hari ini banyak sekali memberi ruang dan membuka mata hati akan kebesaran Allah. 

    Ekosistem yang diciptakan untuk mengimbangi dunia ini tidak perlu disangkal lagi. Hutan paya bakau yang menjadi benteng dan penahan bumi dari bencana alam amat menarik pandangan mata ini. Untuk terus berjalan dan menyaksikan alam keindahannya..ALLAHUAKHBAR

Si Bakau,
Kau dicipta untuk menyelamatkan kami,
Menjadi penahan utama si Bumi,
Walau lautan saban hari membasahi,
Namun kau tetap setia pada aturan Illahi.



Perjalan ini sunggunh mematangkan diri . Masih banyak lagi kuasa Dia yang belum lagi ana ketahui. 

Ya Allah,
aku ingin sentiasa berada dalam Rahim mu
aku ingin senatiasa berada di bawah Rahman mu,
aku ingin sentiasa berjalan di bawah Rahmat mu..

Klik2..

with my body guard

luasnya lautan Tuhan^^..x berkedip mata memandang

posing jap selepas dikejar monyet

where is the next destination?hmmm

candid!

dil to pa gal hai..^^

sayonara Tjg Piai




Saturday 23 February 2013

Sepetang di Tambak Laut

Dengan nama Allah,

Diari 1:  Alhamdulillah, paip bocor d rumah sewa telah diperbaiki..terima kasih pakcik plumber..

Diari 2 : Kos perbelanjaan makan tengahari hari ni..nasi+ ikan kembung kicap+ sayur = RM5.00 (ana),
             nasi + ikan merah + sambal kupang = RM8.50 ( ikin)..haha..rase mcm duk kat bangi je..

Diari 3 : Bersiar- siar amek angin petang di Tambak Laut, Pontian



. Dan apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu melihat bagaimana kesudahan orang-orang yang sebelum mereka, sedangkan orang-orang itu adalah lebih besar kekuatannya dari mereka? Dan tiada sesuatupun yang dapat melemahkan Allah baik di langit maupun di bumi. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa. (Al Fatir:44)
            
jom jalan2 sambil melihat bumi Tuhan...

Bismillahirrahmanirrahim...sahaja aq naik kenderaan kerana Allah..candid

ziarah Heliza di Cool Blog sekejap

hamparan batu laut di Tambak,Pontian

Subhanallah..Allah maha agung

Couple candid 1..Nauzubillah

Couple candid 2..Berilah hidayah pada mereka Ya Allah

Kenderaan ketiga terpenting di bandar Pontian..BASIKAL

taw2 je org nak amek gmbau dy

Merenung masa depan..


* Esok akan picnic di Tanjung Piai..Sahaja aku berpicnic kerana Allah Taala

Friday 22 February 2013

Saiyyidul Ayyam

Allahuakhbar..Dengan nama Allah

Sayyidul ayam (yaumul jumuah)

Diari 1: 6.30 pagi -Bergerak ke sekolah (rutin harian) hari ni merasmikan jubah n shawl baru warne biru..=)
                            -Pesan GB, rasional dalam tindakan..hehe

Diari 2: Niat di hati nak aplikasi penggunaan smart class..tapi tak dapat plak..ade mesyuarat di bilik
            KH..hmm,takpe ,jangan putus asa, cuba lagi lain kali.demi anak-anak Islam yang aku sayangi.
            Roslan pun x jadi nak belajar solat lepas habis sekolah..new dating : ISNIN

Diari 3: Cuaca di sekolah panas membahang, al maklumla, tepi laut,..balik umah je  letih
            sangat2..lepas solat Zohor terus tidur.

jalan ditempuhi setiap hari 30 minit dari bandar pontian

lori-peneman perjalanan=)

Bandar pontian-Kukup Laut-Bandar Pontian

Ya Allah kau selamatkanlah perjalananku setiap hari..
hehe--gambau amek sendiri  sambil driving







Thursday 21 February 2013

Dengan nama Allah..

Diari 1:-
Alangkah sedihnya rasa hati, hari ni Imran tak hadir ke sekolah buat ke -19 kali..Allah kau lembutkanlah hatinya dan berilah petunjuk kepadanya untuk menerima Islam kembali..Jadikanlah dia anak yang soleh..

Diari 2 :-
Baru sahaja melepaskan rindu tadi ..Mendengar suara ibu tercinta dan nenek ku sayang..arghh..baru seminggu berjauhan sudah segunung rindu di dada..Biarlah habis kredit pun, yang penting ana bahagia bersama mereka.

Diari 3:-
Discussion with housemate tentang perkembangan pendidikan Islam & temuduga SPP..Khabarnya pelajar cemerlang tak perlu di interview..alhamdulillah, PNGK kesleruhan 3.79..walau apa pun ana redha dengan percaturan Allah ini..Allah knows the best..=)

Diari 4: alhamdulillah, hari ni dapat menghabiskan puasa sunat khamis =)

Sesi P&P:-

Tahun 4
Tajuk : Adab terhadap ibu bapa
Teknik : Bernyanyi ( Doa Ibu bapa)  *inisiatif guru

Lagu ni ana ambil semasa praktikum ketiga di SK Kampung Baharu Lanjut, Sepang, Selangor..Dan ana praktikkan untuk mereka di Kukup ini..Moga doa ini terus diingati dan mendarah daging dalam diri mereka kelak..Insyallah










Seminar penggunaan smart class

2.30pm- 3.30 pm
Bilik Komputer

Dunia pendidikan semakin canggih, tapi x setanding dengan ciptaan Allah..Info smart class

- Kebanyakan sekolah ade
-Bajet RM17 000 untuk pemasangan
- Stok terkini .( combine image, xray, ebook, printg, dll)

Chinese teacher in LADAP..wohoho

chinese again,,nasib baik ade translater

Lau..leka



Ilmu ICT macam cendawan lepas hujan and so speedy..so catch and grab it..oh SMART CLASS


Wednesday 20 February 2013

Imran

Dengan nama Allah..,

Alhamdulillah, hari ini dapat juga ana di pertemukan kembali dengan Imran :

                                Biodata & Latarabelakang
                                Nama : Muhammad Daniel Imran Bin Ismail
                                Umur : 11 tahun
                                Masalah pembelajaran : 18 hari ponteng sekolah, murid pemuliahn (JQAF)


       Allah.Allah..engkau maha megetahui..engkaulah sumber kekuatan..Bantulah hambamu ini untuk menyampaikan ilmu & mendidik anak-anak Islam.

Sesi P&P

Tahun : 1
Tajuk : Jawi ( Huruf tunggal)
Teknik : Penggunaan tanah liat untuk latihan mengenal huruf. *inisiatif guru

Sesungguhnya, pengajaran jawi memerlukan kreativiti & kesabaran guru yang tinggi. Hari ini, ana cuba untuk menggunakan tanah liat untuk memperkenalkan huruf tunggal kepada murid.


Step 1: Ana menulis huruf ك،ل di papan tulis . Kemudian , murid menyebut bersama-sama guru.
Step 2 : Murid diberikan tanah liat dan meniru huruf-huruf di papan hitam
Step 3 : Huruf di papan hitam dipadam. Murid diuji satu persatu untuk melihat daya ingatan murid.

Cubaan pertama Aiman..Hao


Hari kedua Aina memakai tudung - Hen Hao


Hasil ( Natasha, Aisyah, Rosenda, Aiman, Aina)


-Aktiviti ini dapat meransang deria sentuh, daya ingatan murid..Jangan lupa terapkan nilai pengajaran ^^


Tahun 3
Tajuk : Perkataan imbuhan akhiran ئ
Kaedah : Permainan mencari harta karun *inisiatif guru

Step 1: Guru meletakkan perkataan2 di tempat yang tertentu
Step 2 : Murid mencari perkataan tersembunyi
Step 3: Murid menyebut & menulis di dalam buku latihan


Tambah seronok aktiviti ni sebab ana pasang lagu Barakallah-Maher Zain..

Checkpoint 1 

checkpoint 2


checkpoint 3

yey,,da dapat..(Roslan)

muka bangga ( Putra)

smile walaupun x berapa sihat..kesian..tapi tetap bersemangat untuk belajar (Nadia)

Kredit untuk Ikin Othman ,housemate ana di atas speaker nye ..^^ sie sie

Kekuatan : - wujud keceriaan di dalam kelas..
                - ransang psikomotor murid

Kelemahan :- tidak dapat membantu murid yang lemah membaca

ape2 pon still mencuba yang terbaik^^

Mengajar mesti terbaik
Lao Xie Zu




Tuesday 19 February 2013

Cuti pergi mane?

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Allahuakhbar..

Seronok betul cuti seminggu di kampung halaman..terisi cuti dengan pelbagai program peringkat kawasan dan kampus..Di kampung,,perang bendera PRU!3 melanda..di sekolah perang ujian & PBS bakal menjelma=)

Hari ni hari pertama sekolah selepas 10 hari bercuti,,ana menggunakan pendekatan bertanya dan berkongsi cerita dengan anak-anak murid ..

            Tahun1 = cuti ni mak saya dapat baby
            Tahun 2= saya pergi Sunway Lagoon, Legoland, makan sate
            Tahun 3 = saya kerja dengan ayah di 'sangkar' ,,dapat duit RM 150.
            Tahun 6 = saya pergi Singapore

            Lao Xie Zu = Ustazah pergi London, US..korang ada.? haha..ape2 pun cuti ni siapa yg tak pernah
                                 tinggal solat?  semua terdiam..

Sesi P&P =

Tahun 3 
Tajuk = Perkataan 3 suku kata (jawi)
Tema = Haiwan ( Belalang, harimau, Zirafah) * Inisiatif guru*
Teknik = Permainan cantum kad *Inisiatif guru*

Ana memulakan pengajaran dengan memberikan kepingan kad kepada murid-murid. Kemudian murid diminta mencantumkan kad membentuk perkataan..

Kepingan kad yang berwarna

selepas dicantumkan

selepas dicantumkan

Di akhir pengajaran, ana meminta mereka membunyikan haiwan- haiwan yang  diperolehi..hehe,paling best bunyi harimau..AUMMMMM..bergegar bilik sains dengan suara mereka.


Tahun 6
Tajuk = Khat Nasakh (Jawi)
Teknik = Demonstrasi di papan hitam

Ana memanggil Anwar & Daniel ke hadapan kelas. Kemudian, mereka melihat ana menulis huruf ج،ح،خ di papan tulis. Walaupun dah lama tak praktis menulis khat, tetapi masih berguna lagi ilmu yang dipelajari di IPGKPI..rindu la plak kat Bangi..ehem2..ok.teruskan dengan sesi P&P hari ni..

Kemudian, mereka di minta menulis di papan hitam menggunakan skill yang telah ana turunkan..hehe



Anwar & hasil kerjayanya



Daniel & hasil kerjayanya

Sekian sahaja untuk hari ini..

Mengajar mesti terbaik

Lao Xie Zu (^^)v







Friday 8 February 2013

Tong Shue Meng Gong Xi Fa Cai

Dengan nama Allah,

   Maka sudah tercatatlah di dalam takdir hidup ana untuk menyaksikan perayaan Tahun Baru Cina di sekolah ini.

 Walaupun "terjebak" di dalam traffic jam pagi tadi, alhamdulilllah sempat juga sampai di sekolah tepat jam 7.30 pagi ..Huh, nasib baik Lao Xie Lee dan beberapa Lao Xie yang lain pun terjebak sama, takda lah rasa bersalah..hehe
 
  Suasana di sekolah hari ni sangat ceria. Tanglung dan kaligrafi cina bergantungan di sana sini. Seumur hidup ana, memang tak pernah lihat suasana macam ini. Alhamdulillah, kali ni diberikan peluang melihat suasana baru.


   Pagi2 lagi ana dan Lao Xie Lau ditugaskan membantu memantau pertandingan menulis Kaligrafi Cina.Memang hebatlah para peserta yang bertanding.


                                               Menulis di atas kertas merah adalah tradisi



                                                     Lao Xie Lau--Gadis Kristian dari Sarawak

Dan sempat juga ana bergambar dengan murid Cina yang akan membuat persembahan Tarian Naga..Comel




Yang paling best, sebelum pulang dapat buah tangan dari PIBG sekolah