Tuesday 19 February 2013

Cuti pergi mane?

Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah.Allahuakhbar..

Seronok betul cuti seminggu di kampung halaman..terisi cuti dengan pelbagai program peringkat kawasan dan kampus..Di kampung,,perang bendera PRU!3 melanda..di sekolah perang ujian & PBS bakal menjelma=)

Hari ni hari pertama sekolah selepas 10 hari bercuti,,ana menggunakan pendekatan bertanya dan berkongsi cerita dengan anak-anak murid ..

            Tahun1 = cuti ni mak saya dapat baby
            Tahun 2= saya pergi Sunway Lagoon, Legoland, makan sate
            Tahun 3 = saya kerja dengan ayah di 'sangkar' ,,dapat duit RM 150.
            Tahun 6 = saya pergi Singapore

            Lao Xie Zu = Ustazah pergi London, US..korang ada.? haha..ape2 pun cuti ni siapa yg tak pernah
                                 tinggal solat?  semua terdiam..

Sesi P&P =

Tahun 3 
Tajuk = Perkataan 3 suku kata (jawi)
Tema = Haiwan ( Belalang, harimau, Zirafah) * Inisiatif guru*
Teknik = Permainan cantum kad *Inisiatif guru*

Ana memulakan pengajaran dengan memberikan kepingan kad kepada murid-murid. Kemudian murid diminta mencantumkan kad membentuk perkataan..

Kepingan kad yang berwarna

selepas dicantumkan

selepas dicantumkan

Di akhir pengajaran, ana meminta mereka membunyikan haiwan- haiwan yang  diperolehi..hehe,paling best bunyi harimau..AUMMMMM..bergegar bilik sains dengan suara mereka.


Tahun 6
Tajuk = Khat Nasakh (Jawi)
Teknik = Demonstrasi di papan hitam

Ana memanggil Anwar & Daniel ke hadapan kelas. Kemudian, mereka melihat ana menulis huruf ج،ح،خ di papan tulis. Walaupun dah lama tak praktis menulis khat, tetapi masih berguna lagi ilmu yang dipelajari di IPGKPI..rindu la plak kat Bangi..ehem2..ok.teruskan dengan sesi P&P hari ni..

Kemudian, mereka di minta menulis di papan hitam menggunakan skill yang telah ana turunkan..hehe



Anwar & hasil kerjayanya



Daniel & hasil kerjayanya

Sekian sahaja untuk hari ini..

Mengajar mesti terbaik

Lao Xie Zu (^^)v







No comments:

Post a Comment