Wednesday 27 February 2013

Dengan nama Allah..

Alhamdulillah, Allahuakhbar

Diari 1:
 Seusai pulang dari aktiviti kokurikulum di sekolah jam 4 petang, perut terasa lapar minta
 diisi..Mana tidaknya, waktu terakhir menyuap nasi sudah 10 jam berlalu, maka mulalah berdendang
 sayang dia..Kaki pun melangkah ke kderetan kedai makan ZAITUN HUSIN di sebelah jeti dekat
 dengan sekolah..Nasi goreng paprik satu ,,macam biasalah menu kegemaran ..dalam erti kata menu ni
 2 in 1..sebab ada lauk skit..makan tengahri dan makan malam .Tapi,,alangkah sedihnya, masakan kali
 ni tidak memenuhi selera..Nasi paprik tak jadi ( tkda ayam, takda sayur, kuahnya hanya ala-ala
 kicap)..dan harga yang mahal RM6.30..iskh3...tapi disebabkan lapau..so bedal aje la..sekian

Diari 2 :
Berita temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) dah jadi isu panas pada mahasiswa
IPG. Allah maha besar, dengan doa yang panjang ana titipkan tiap kali solat, berita sahih pagi tadi selepas menelefon wakil spp."Tahniah, anda tersenarai dalam senarai penilaian khas atas sebab keputusan cemerlang pointer keseluruhan".Lantas, ibu dihubungi  menyampaikan berita baik
ini..Sujud  syukur, alhamdulilah..Penat lelah dan keberkatan para pensyarah yang mencurahkan ilmu di bumi berkat lagi bertuah  IPGKPI yang sentiasa dirindui, akhirnya, rezeki mencurah-curah kepada
hamba yang lemah ini..Thanks again to Allah..


SYUKUR BERTAMU LAGI..
VERSI: AKU ADA ABAH

 "Maka terhadap nikmat Tuhanmu yang manakah kamu ragu-ragu? " -An Najm :55

Sollu 'Ala Nabi..Allhumma Saidina Muhammad Wa' Ala Alihi Wa Sohbihi Wasallim.

   Ya Allah, malunya aku padamu di atas segala pemberian yang telah engkau berikan aku selama ini. Aku hanyalah insan biasa, yang tidak mempunyai apa-apa selain dengan kehendak dan pertolonganmu Ya Allah Ya Rahim.. Rasa sebak memenuhi segenap jiwa ragaku. Menyerap ke dalam tulang rusuk dan anggotaku ini di saat mengenang kembali segala pemberianmu Ya Allah. Surat ini khas buat Abah..Bacalah Abah jika andaikata aku pergi dulu sebelum mu bertemu Tuhan Rabbul Jalal.

   Abah yang ku sayangi,
    Saat aku dilahirkan, aku disambut oleh abah yang sangat soleh dan terbaik bagi kami sekeluarga. Ketika aku di tadika Pasti Al Huda, abah yang sering menjemputku pulang. Ketika aku berumur 5-6 tahun, abah yang menukar dan menyalinkan lampinku, Abah yang memasangkan kelambu sebelum tidur untukku dan abang. Sewaktu aku mendapat adik yang ketiga, Aliah. Abah yang melayani ibu di rumah. Abah yang menyiapkan bakul makanan ibu semasa di hospital..

  Abah insan mulia yang sangat aku kagumi.
  Abah yang memang tegas dalam hal-hal agama dan dalam mendidik anak-anak mengenal Islam dan menjadi manusia. Abah yang kini semakin hari semakin dimamah usia, Allah...Mudah sahaja air mata ini mengalir jika mengenagkan segala jasa-jasa Abah di dunia ini..Masih terngiang-ngiang lagi segala nasihat Abah . Abah bijak menjaga hati dan perasaan anak-anak serta pandai meraih dan menghargai sang isteri..

    Abah yang kusayangi,
    Aku paling suka bila pulang ke kampung Abah,,kami berkumpul dan saling mendengar cerita-cerita Abah di serambi nenek..Sesungguhnya, aku sangat merindui saat itu untuk bertamu lagi..Berkumpul dan bercerita kisah-kisah lama abah sewaktu kecil sebagai anak kampung , merantau ke kota mencari rezeki, bertemu dan dijodohkan dengan Ibu, dan kini lahirlah aku..anak perempuan pertama Abah.

   Abah yang kusayangi,
   Abah, semangat dan keikhlasan bekerja mencari rezeki untuk kami sekeluarga menjadi peransang untuk aku bekerja. Abah sebagai Pembantu Am di sekolah, tidak pernah pulang ke rumah sbelum jam 5 petang. Abah juga jarang sekali ku lihat mengambil cuti bekerja jika tidak apa-apa. Seingat aku, Abah juga tak pernah mengecewakan permintaan siapa-siapa. Abah...pasti pulang ke rumah dengan bungkusan makanan untuk anak-anak di rumah. aku kenal kuih 'apam balik' dari abah. aku kenal kueh 'ca kuew' jua dari abah.

   Abah yang kusayangi,
   Ketika aku dilamar oleh si dia, orang pertama yang aku berkongsi rasa adalah Abah. Aku suka mendengar  nasihat Abah dari kaca mata seorang lelaki. Abah juga ada di saat dia bertandang ke rumah. Abah tidak pernah mengecewakan aku dan adik-adik sekeluarga. Walaupun hati ini ragu dengan lamaran yang datang, tapi dengan dorongan dan nasihat abah jualah aku menjadi wanita yang bijak menilai pilihan yang datang.

  Abah yang kusayangi,
  Sangat memahami perjuangan Rasulullah yang aku bawa. Sentiasa menjadi ruang untuk berbincang tentang siasah dan hal-hal agama.Rupanya Abah dulu jua pernah merasai kemanisan usrah bersama teman seperjuangan. Dan seingat aku, sewaktu kecil dahulu, rumah kami sering dijadikan tempat untuk berusrah antara abah dan raka-rakan .Pasti ada tirai untuk bahagian muslimah apabila usrah dijalankan di rumah . Aku pula sering sahaja tertidur kerana tidak tahan mengantuk menunggu usrah habis sehingga jam 11 malam..=) Baru aku sedar ,rupa-rupanya aku ni penyambung perjuangan abah..Patutla aku memang bersemangat kalau berbicara tentang hal-hal ini.

Abah yang kusayangi,
 Masih banyak lagi jasamu yang tidak dapat kucoretkan di ruang ini. Aku sendiri tidak tahu apa jua perasaan sebenar Abah. Melainkan, sejak akhir-akhir ini, Abah sering sahaja mahu kami adik beradik berada di rumah di sampingnya. Kata Abah, " Kalau boleh abah nak Mira bekerja di Melaka, Abah suka kalau pagi2 kita semua keluar bekerja sama-sama"..meriah katanya. Apa yang aku faham, sebenarnya Abah tidak mahu berjauhan dengan anak-anaknya.. Allah..menitis lagi air mata ku ini mengenangkan harapan Abah.

Abah yang kurindui,
Moga aku mendapat suami dan peneman hidup seperti Abah. Yang sentiasa ada untuk aku meneruskan hidup di Bumi Tuhan ini. Yang sentiasa adil kepada anak-anak yang diwariskannya. Yang tegar memegang dan meneruskan serta menyokong perjuangan nabi Muhammad Sollahualaihiwasalam. Yang ikhlas seperti Abah. Yang Cool seperti Abah. Dan yang soleh seperti Abah.


Abah, ku doakan mu sejahtera di dunia dan akhirat




No comments:

Post a Comment