Wednesday 6 February 2013

Terima Kasih ibu abah

      Alhamdulillah, tanggal 21 Januari 2013, ana dipanggil untuk mengisi jawatan mendidik anak bangsa di SJKC Ken Boon, Kukup Laut, Pontian. Seawal 5 pagi ana, abah, ibu dan pak cik najib bertolak dari Melaka. Dalam kedinginan pagi, Si Sonata meluncur laju meneruskan perjalanan menuju ke sebuah daerah baru buat diriku.
     Sungguh, seumur hidupku, langsung tidak pernah terdetik dan terbayang bahawa aku akan menabur bakti di sekolah cina. Lebih-lebih lagi, panggilan ini telah membawa ku jauh dari pangkuan keluarga yang sangat aku sayangi. Bagai semalam aku mendengar kata-kata Abah, " Abah nak sangat kau kerja di Melaka. Abah bukan apa, suka tengok anak-anak abah keluar pergi kerja pagi-pagi..Nanti dah 1setahun duduk Johor, mintalah tukar ke Melaka"...Allah Abahku sayang, walau beribu jauh dari mata, namun Abah tetap di hati ana.
     Seusai taklimat yang mengambil masa hampir 2 jam, Puan Sek Yat Khoi, GB SJKC Ken Boon membawa kami, guru-guru baru ke sekolah. Ya Allah, perjalanan yang mengambil masa 30 minit dari Pontian membuatkan kakiku sedikit kebas kerana belum berehat dari tadi..
     Bandar kecil Kukup Laut,
                Di sini aku menjejakkan kaki buat pertama kalinya,
                Melihat bangunan-bangunan usangmu buatkan aku teruja,
                Bayu laut yang menjamah hidung dan mata,
                Bagai menggamit kakiku untuk terus menyapa.

    Bandar kecil Kukup Laut,
                Kau menjadi saksi ,
                Setiap anggota ini berdiri di sini,
                Menabur bakti dan janji,
                Buat si kecil yang merindui,
                Keagungan cinta Ilahi,
                Dari kudrat sang murabbi yang kerdil ini.

Setelah meninjau serba sedikit persekitaran sekolah, ana menarik nafas sedalam-dalamnya,

" Akan ku gagahkan kaki ini..Demi meneruskan misi yang baru sahaja bermula..Demi membalas jasa orang-orang yang telah banyak berkorban,,Abah dan Ibu ..tak kira harta, jiwa dan nyawa..demi Allah..akanku balas jasa mereka..Dengan sisa kudrat yang terdaya"

Insan kesayangan hamba

Penghujung benua daerah Selatan



No comments:

Post a Comment