Friday 20 May 2016

Peraduan Ulas Buku ITBM sempena PBAKL 2016

‪#‎PERADUAN‬ ULAS BUKU ITBM DI FACEBOOK/BLOG
JUDUL BUKU : KEMBARA SASTERA KARYA NISAH HARON
TAJUK ULASAN : Musafir – Sebuah perjalanan menyelusuri khazanah sastera dunia.
     Sebermula dengan anyaman cetusan idea, segalanya berubah menjadi mimpi yang nyata. Lantas, perjalanan yang diberi nama “Kembara Sastera” atau “ Literal Travel” siap direncanakan oleh sang pengembara. Ini kerana setiap lokasi dan catatannya lebih berfokus kepada dunia perbukuan, penerbitan, dan susur galur kewujudan para penulis di Tanah Inggeris.

     Di dalam catatan kembara ini, terlihat pengolahan susunan-susunan cerita , tempat , dan peristiwa yang telah digarap dengan baik. Kisah yang dipaparkan menjadi kuat apabila dikaitkannya secara langsung dengan visual yang indah dipandang mata.
Seterusnya, buku ini memperlihatkan perjalanan kembara penulis yang menuntut pengorbanan seorang wanita , ibu, dan isteri. Penulis meninggalkan desa dan keluarga tercinta demi mengejar impian hatinya.

     Selain itu, pengolahan persitiwa yang baik dalam menghadirkan sebuah cerita yang memberikan suatu nilai pengajaran yang berguna kepada para pembaca. Malah, kisah ini berjaya menarik kesan “survival” yang mencuri keterujaan pembaca. Contohnya, ketika beliau berseorangan menarik beg di Ambleside Backpackers dan sewaktu mencari Youth Hostel Association London Holland Park.

     Di samping itu, “Kembara Sastera” benar-benar membawa para pembaca mengembara. Terutama mengenal nama-nama latarbelakang para penulis serta penggiat sastera Tanah Inggeris. Ini termasuklah William Shakespeare , lahir di Startford –Upon- Avon, William Wordsworth , penyair yang terkenal dengan gelaran The Lakeland Poets, dan lain-lain.

     Akhirnya, kisah ini telah digarap mudah dengan cerita yang bergerak mendatar. Namun, penuh dengan siri-siri ilmiah tentang susur-galur sastera . Walaupun beberapa tempat dijajah dengan singkat, namun padat dengan info bermanfaat. Oleh itu, bahan bacaan ini sememangnya wajar diangkat sebagai salah sebuah arkib sastera yang boleh diwarisi oleh generasi akan datang.

Monday 16 May 2016

Kembali Berkarya

Sudah lama saya tidak menulis di blog ini. sejak 2013..

Hari ini 16 Mei 2016, saya kembali bersemangat untuk menghidupkan semula laman blog ini..

semoga kembali ceria dan bermakna ^^